Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gencatan senjata dikuat kuasa selepas pertempuran ragut 55 nyawa di Libya

Aug 17, 2023 | 02:47 PM



TRIPOLI: Pertempuran bersenjata terburuk dalam tempoh setahun di Libya telah mengorbankan 55 orang dan mencederakan 146 yang lain, lapor media negara itu pada Rabu selepas gencatan senjata dikuatkuasakan dan trafik udara dipulihkan.


Pertempuran meletus pada malam Isnin dan berlarutan hingga Selasa antara Briged 444 yang berpengaruh dengan Al-Radaa atau Pasukan Pencegahan Khas – dua daripada kumpulan militia yang telah bersaing untuk merebut kuasa sejak penggulingan diktator lama, Muammar Gaddafi pada 2011.

Libya telah menyaksikan lebih sedekad konflik yang silih berganti sejak pemberontakan yang disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang menggulingkan Gaddafi.

Tempoh kestabilan yang menyusul mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan harapan agar pilihan raya yang tertangguh dapat diadakan tahun ini.

Namun, pertempuran terbaru mencetuskan seruan antarabangsa agar negara itu bertenang.

Seorang pegawai kementerian dalam negeri berkata bahawa pertempuran melibatkan tembakan roket dan mesingan tercetus ekoran penahanan ketua Briged 444, Kolonel Mahmud Hamza, oleh Pasukan Al-Radaa pada Isnin.

Lewat Selasa, majlis sosial Al-Radaa di pinggir tenggara Soug el-Joumaa, mengumumkan bahawa persetujuan telah dicapai dengan Perdana Menteri, Encik Abdelhamid Dbeibah, pemimpin pemerintah yang diiktiraf PBB di Tripoli, supaya Kolonel Hamza diserahkan kepada “pihak neutral”.

Dalam pengumuman yang disiarkan di televisyen, majlis itu berkata gencatan senjata akan menyusuli pemindahan komander pasukan itu, dan lewat pada Selasa, pertempuran itu kembali reda.

Kedua-dua kumpulan bersenjata itu sehaluan dengan pemerintah di bawah pimpinan Encik Dbeibah.

Sebanyak 234 keluarga telah dipindahkan dari kawasan barisan hadapan di pinggir selatan ibu negara, bersama-sama dengan puluhan doktor dan paramedik yang terperangkap dalam pertempuran ketika menjaga mangsa yang cedera, kata Pusat Perubatan Kecemasan.

Satu-satunya lapangan terbang awam, Mitiga, di kawasan di bawah kawalan Al-Radaa, telah dibuka semula kepada penerbangan komersial pada Rabu, kata pegawai. Penerbangan telah dilencongkan ke Misrata yang terletak sekitar 180 kilometer ke timur.

Kementerian dalam negeri meletakkan pelan keselamatan dengan mengerahkan para pegawai ke medan pertempuran untuk mengawasi gencatan senjata yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Briged 444 bergabung dengan kementerian pertahanan Libya dan terkenal sebagai kumpulan bersenjata paling berdisiplin di negara Afrika Utara itu. Ia mengawal pinggir bandar selatan Tripoli dan kawasan lain.


Pasukan Al-Radaa ialah militia ultra konservatif yang bertindak sebagai pasukan polis ibu negara dan mengawal Tripoli tengah dan timur, pangkalan udara tentera di Mitiga, lapangan terbang awam dan kompleks penjara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >