Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

'Gerakan Tanah Air perlu menang dulu, baru boleh namakan calon PM'

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Gerakan Tanah Air (GTA) harus terlebih dulu menang dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini sebelum menamakan calon perdana menteri (PM).



Pengerusi sementara GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perkara itu (menamakan calon PM) bukan keutamaan parti buat masa ini.



"Kita tidak mempunyai calon perdana menteri. Apa gunanya, jika kita kalah, apa yang mahu kita buat dengan calon itu?



"Beliau sendiri tidak bakal menjadi perdana menteri. Tunggulah hingga kita menang.



"Ketika itu, (jika kita menang), setiap orang yang menang berhak memilih siapa yang akan menjadi perdana menteri," katanya semasa berkempen dengan calon GTA bagi Ampang, Dr Nurul Ashikin Mabahwi, di acara yang berlangsung di Pangsapuri Nilam, malam kelmarin.



Isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, bersama-sama calon GTA bagi Shah Alam, Encik Rafique Rashid Ali, turut hadir di acara itu.



Dr Mahathir, yang juga pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), berkata GTA berharap menang lebih 112 kerusi untuk membolehkannya membentuk kerajaan.



"Ini matlamat kita kerana menurut perlembagaan, untuk membentuk kerajaan, kita memerlukan lebih 50 peratus kerusi dalam Dewan Rakyat," katanya.



Perikatan GTA, terdiri daripada empat parti politik iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) bersama sebuah perikatan pertubuhan bukan pemerintah yang membentuk Gagasan Bangsa (GB), turut bertanding bagi merebut 121 kerusi parlimen.



Calon-calon GTA bertanding menggunakan logo parti Pejuang dalam PRU15 ini, kecuali Kelantan, yang menggunakan logo parti Putra. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >