Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gibran alu-alu siasatan dakwaan penyelewengan pilihan raya

Feb 22, 2024 | 01:50 PM



JAKARTA: Encik Prabowo Subianto, yang telah mengisytiharkan kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia dijangka menghadapi cabaran sukar dengan gesaan untuk menyiasat dakwaan penyelewengan pilihan raya.


Ini sedang dua calon yang tidak berjaya dalam Pilihan Raya Presiden menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) untuk meneliti aduan mengenai penipuan menjelang acara itu.

Para pesaing untuk jawatan itu mengatakan bahawa proses pilihan raya telah dicemari oleh penipuan dan mereka sedang bekerjasama untuk mencabar hasil rasmi yang akan diumumkan oleh KPU menjelang 20 Mac.

Kedua-dua calon iaitu Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan dan mantan Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P),  masih tidak mengaku kalah, dengan pegawai kempen mereka mendakwa terdapat penipuan undi biarpun penganalisis bebas tidak menemui bukti sedemikian setakat ini.

PDI-P pada 21 Februari menuntut KPU supaya melakukan audit forensik terhadap penjadualan undi digital rasmi KPU yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Tabulasi (Sirekap), yang dikatakan gagal memenuhi tujuannya sebagai alat mengira undi, menurut pegawai eksekutif PDI-P, Encik Bambang Wuryanto.

Pasangan Encik Prabowo, yang juga calon naib presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka, pada 22 Februari melahirkan penghargaan kepada Encik Ganjar di atas seruannya kepada DPR untuk menyiasat penipuan pilihan raya.

“Terima kasih Pak Ganjar atas cadangan anda,” kata Encik Gibran kepada wartawan di Balai Kota Solo, Jawa Tengah ketika diminta mengulas tuduhan Encik Ganjar mengenai penipuan pilihan raya.

Pada 20 Februari, Encik Ganjar menggesa siasatan dibuat apabila DPR bersidang semula pada 5 Mac.

“Sesuatu seperti ini mesti disiasat. Sekurang-kurangnya Parlimen harus mengadakan pendengaran,” katanya.

Encik Anies yang juga bekas gabenor ibu kota Jakarta berkata kemnya “bersedia untuk mengambil bahagian” dalam siasatan Parlimen yang membolehkan penggubal undang-undang menyiasat tindakan pemerintah.

Gesaan itu dibuat walaupun terdapat komen pemerhati bebas bahawa tiada tanda-tanda penipuan dalam pilihan raya berkenaan, selain daripada beberapa isu seperti daftar pemilih yang dianggap lapuk serta kelewatan ketika pengundian.

Kiraan tidak rasmi menunjukkan Menteri Pertahanan, Encik Prabowo memenangi pusingan pertama undian dengan kira-kira 58 peratus undi.

Saingannya Encik Anies dan Encik Ganjar pula masing-masing memperoleh 25 peratus dan 17 peratus undian, dengan kiraan awal oleh pihak berkuasa pilihan raya menunjukkan pecahan yang sama.

Bagaimanapun, tanpa memberikan bukti, kedua-dua kem yang kalah membuat aduan mengenai isu ugutan diterima pengundi, manipulasi institusi negara serta penyalahgunaan sumber negara, seperti dana kebajikan, semasa tempoh berkempen bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya.


Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, berdepan kritikan berhubung sokongan secara diam-diamnya terhadap Encik Prabowo.


Ia dikatakan cubaan dalam mempengaruhi keputusan undi, namun, beliau dan sekutunya menafikan tuduhan tersebut.


Siasatan sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan sokongan daripada penggubal undang-undang, kata Encik Arya Fernandes dari Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia.

“Walaupun siasatan itu diluluskan, keputusan itu tidak akan dapat membatalkan keputusan pilihan raya,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >