Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasangan Prabowo-Gibran dahului pilihan raya presiden Indonesia

Berdasarkan kiraan 75 peratus undi sampel; pasangan Anies-Muhaimin di tempat kedua dan pasangan Ganjar-Mahfud di tempat ketiga
Feb 14, 2024 | 06:24 PM



JAKARTA: Calon presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, dan pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka, mendahului pesaing mereka dalam pilihan raya 14 Februari, menurut pengiraan pantas tidak rasmi.


Sekitar 8 malam waktu Singapura pada 14 Februari, agensi pengundian Poltracking Indonesia memberikan pasangan Prabowo-Gibran 59.17 peratus undi, berdasarkan 75 peratus undi sampel yang dikira.

Mantan gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, dan ahli politik kanan, Encik Muhaimin Iskandar, pula memperoleh 24.50 peratus undi, menurut The Straits Times, sementara mantan gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, dan mantan menteri undang-undang dan keselamatan, Encik Mahfud MD, peroleh 16.34 peratus.


Institut Penyelidikan Kajian Indonesia (LSI) pula menyatakan pasukan Prabowo-Gibran meraih 56.99 peratus undi, berdasarkan 60 peratus undi contoh yang dikira. Pasangan Anies-Muhaimin memperoleh 25.73 peratus manakala pasukan Ganjar-Mahfud memperoleh 17.28 peratus.

Sementara itu, Indikator Politik Indonesia juga meletakkan pasangan Prabowo-Gibran di hadapan saingan, dengan 58.03 peratus undi, berdasarkan 60 peratus undi contoh yang dikira. Pasukan Anies-Muhaimin memperoleh 25.48 peratus dan pasukan Ganjar-Mahfud memperoleh 16.49 peratus.

Encik Prabowo, yang juga merupakan menteri pertahanan, telah disebut-sebut sebagai pendahulu dalam pelbagai tinjauan upaya pilihan.

Perlembagaan Indonesia menyatakan bahawa calon presiden memerlukan majoriti mudah – atau lebih daripada 50 peratus – undi untuk menang. Mereka juga perlu memperoleh sekurang-kurangnya 20 peratus undi di separuh (19) daripada 38 wilayah Indonesia.

Jika itu tidak berlaku, dua pasangan calon teratas akan memasuki undian pusingan kedua pada Jun, dengan pasangan di tempat ketiga tersingkir.

Encik Prabowo, yang pasangannya Encik Gibran adalah anak Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, telah berikrar untuk meneruskan program pembangunan dan projek warisan Encik Jokowi, termasuk rancangan pemindahan ibu kota pentadbiran dari Jakarta ke Nusantara, Kalimantan Timur.

Encik Ganjar pula telah berjanji untuk menambah baik dasar presiden dalam pendidikan dan penjagaan kesihatan, manakala Encik Anies berkata beliau akan menyemak dan melancarkan beberapa program seperti pemindahan ibu kota.

Sekitar 205 juta rakyat Indonesia membuang undi mulai pagi 14 Februari untuk memilih bukan sahaja presiden dan naib presiden, tetapi juga wakil parlimen dan penguasa tempatan.

Ribuan calon ahli parlimen berusaha untuk mengisi 580 kerusi di Parlimen negara yang dikenali sebagai Dewan Rakyat, dan sekitar 20,000 kerusi di peringkat wilayah.

Di bawah undang-undang pilihan raya Indonesia, proses pengiraan undi mungkin mengambil masa sehingga 35 hari untuk diselesaikan memandangkan bilangan pengundi yang besar jumlahnya serta wilayah yang luas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum berkata keputusan rasmi dijangka dikeluarkan selewat-lewatnya pada 20 Mac. Namun, keputusan rasmi dijangka tidak banyak berbeza dengan pengiraan pantas.

Sejak kali pertama diperkenalkan semasa pilihan raya presiden pada 1999, kiraan pantas yang dijalankan agensi pengundian dan institusi penyelidikan telah menjadi kaedah alternatif yang boleh dipercayai untuk meramalkan keputusan pilihan raya Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >