Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Glasier kini lebih cepat cair ekoran perubahan iklim dan pemanasan bumi

Jun 20, 2023 | 02:49 PM



KATHMANDU: Glasier Himalaya yang membekalkan air kritikal kepada hampir dua bilion orang, kini cair lebih cepat berbanding sebelum ini akibat perubahan iklim dan lantas mendedahkan masyarakat kepada bencana.


Memberi amaran tersebut pada Selasa, Pusat Pembangunan Gunung Bersepadu Antarabangsa (ICIMOD) melaporkan bahawa para saintis mendapati glasier mencair 65 peratus lebih cepat dalam tempoh 2011 hingga 2020 berbanding sedekad sebelumnya.

“Apabila ia semakin panas, ais akan cair, itu yang dijangka, tetapi apa yang tidak dijangka dan sangat membimbangkan ialah kederasannya,” kata pengarang utama, Encik Philippus Wester, kepada AFP. “Ini berjalan lebih cepat daripada yang kami sangka.”


Glasier di rantau Hindu Kush Himalaya (HKH) merupakan sumber air penting kepada sekitar 240 juta orang di kawasan pergunungan, dan bagi 1.65 bilion orang lagi di lembah sungai, kata ICIMOD dalam laporannya itu.

Berdasarkan trajektori pelepasan semasa, glasier boleh kehilangan sehingga 80 peratus daripada jumlah semasanya menjelang akhir abad ini, kata ICIMOD yang berpangkalan di Nepal.

ICIMOD adalah badan antara pemerintah yang merangkumi Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, China, India, Myanmar dan Pakistan.

Glasier membekalkan air kepada 10 sistem sungai terpenting di dunia, termasuk Gangga, Indus, Kuning, Mekong dan Irrawaddy dan secara langsung atau tidak langsung membekalkan berbilion-bilion orang dengan makanan, tenaga, udara bersih dan pendapatan.

“Dengan dua bilion orang di Asia bergantung kepada air yang berasal daripada glasier dan salji di sini, kesan kepupusan kriosfera ini (zon beku) terlalu luas untuk difikirkan,” kata timbalan ketua ICIMOD, Cik Izabella Koziell.

Walaupun pemanasan global dihadkan kepada 1.5 hingga 2.0 darjah Celsius daripada tahap praindustri yang dipersetujui dalam perjanjian iklim Paris, glasier dijangka kehilangan satu pertiga hingga separuh daripada jumlahnya menjelang 2100, kata laporan itu lagi.

“Ia menekankan peri perlunya tindakan iklim segera,” kata Encik Wester. 

“Setiap kenaikan kecil akan memberi impak yang besar dan kita benar-benar perlu berusaha untuk mengurangkan iklim... itu adalah keutamaan kami,” tambah laporan itu.

Encik Wester berkata peningkatan teknologi dan imej satelit dengan resolusi tinggi bermakna ramalan boleh dibuat dengan tahap ketepatan yang baik.

Dunia semakin memanas purata hampir 1.2 Celsius sejak pertengahan 1800-an dan menyebabkan cuaca ekstrem, termasuk gelombang panas yang lebih kuat, kemarau yang lebih teruk dan ribut yang menjadi lebih ganas oleh kenaikan paras laut.

Paling teruk terjejas ialah orang yang paling terdedah dan negara termiskin di dunia, yang tidak banyak menyumbang kepada pelepasan bahan api fosil yang meningkatkan suhu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >