Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Grab M’sia izin penunggang kerja semula selepas bertengkar di stesen minyak

Jun 24, 2023 | 3:33 PM
VIDEO TULAR: Satu video yang merakam pergaduhan antara pekerja penghantaran dengan dua lelaki di stesen minyak telah dikongsi dengan meluas di media sosial.
VIDEO TULAR: Satu video yang merakam pergaduhan antara pekerja penghantaran dengan dua lelaki di stesen minyak telah dikongsi dengan meluas di media sosial. - Foto THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

JOHOR BAHRU: Grab Malaysia telah membenarkan seorang penunggang untuk bekerja semula selepas digantung khidmatnya kerana terlibat dalam satu pertengkaran dengan dua lelaki warga Singapura di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, baru-baru ini.

Beliau dikatakan telah bersemuka dengan kedua-dua lelaki tersebut pada 16 Jun selepas beliau melihat mereka cuba mengisi tong dengan petrol.

Kejadian itu dirakam dan videonya tular di media sosial.

“Setelah selesai menjalankan siasatan, termasuk pertemuan dengan (penunggang) tersebut, kami telah menarik balik penggantungan tugas beliau,” kata syarikat pengangkutan itu pada Khamis, menurut laporan media Malaysia.

Grab menambah bahawa penunggang itu sedang bekerja ketika kejadian itu berlaku dan syarikat itu turut menerima laporan daripada orang ramai.

Sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga, syarikat itu berkata ia menggantung akaun lelaki itu buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan.

Grab berkata ia telah meminta maaf kepada penunggang itu “jika beliau berasa dilayan secara tidak adil”, sambil menambah bahawa langkah yang kelihatan keras itu adalah perlu kerana keprihatinan berkaitan keselamatan.

Awal dari itu, sebilangan netizen telah berkata di Twitter bahawa mereka akan memboikot Grab Malaysia dan memadam aplikasi itu selepas media tempatan melaporkan bahawa penunggang itu telah digantung tugas. Penunggang berkenaan berkongsi berita penggantungannya di TikTok pada 21 Jun. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg