Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Greece jatuhkan makanan di ruang udara Gaza

Aug 11, 2025 | 5:20 PM
Greece menjatuhkan sebanyak 8.5 tan bekalan makanan dari udara di beberapa kawasan di Gaza pada 9 Ogos.
Greece menjatuhkan sebanyak 8.5 tan bekalan makanan dari udara di beberapa kawasan di Gaza pada 9 Ogos. - AFP

ATHENS: Greece menjatuhkan sebanyak 8.5 tan bekalan makanan dari udara di beberapa kawasan di Gaza pada 9 Ogos, kata Perdana Menteri, Encik Kyriakos Mitsotakis.

Menerusi kenyataan di Facebook, Encik Mitsotakis berkata operasi itu dianjurkan dengan kerjasama negara Kesatuan Eropah (EU) dan Asia Barat dalam misi menghantar bantuan makanan ke Gaza melalui udara.

Menurutnya, dua pesawat tentera udara negara itu digunakan untuk menjatuhkan bekalan makanan berkenaan.

“Operasi ini dianjurkan dengan kerjasama negara dari EU dan Asia Barat, bertujuan menyokong keperluan asas penduduk di wilayah yang terjejas.

“Greece akan terus mengambil inisiatif untuk menghentikan pertempuran serta-merta, membebaskan tebusan dan memastikan aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa halangan. Adalah tanggungjawab kita semua untuk segera menamatkan penderitaan manusia,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, negara Barat termasuk Britain, Perancis dan Sepanyol bekerjasama dengan negara Asia Barat bagi menghantar bekalan kemanusiaan melalui udara ke Palestin.

Namun, Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Encik Philippe Lazzarini, memberi amaran bahawa penghantaran melalui udara sahaja tidak akan mampu mengelakkan kebuluran yang semakin buruk.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan Gaza
memerlukan sekurang-kurangnya 600 lori bantuan setiap hari untuk memenuhi keperluan asas penduduknya. – AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg