Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guardiola: Phil Foden pemain terbaik dalam EPL

Mar 4, 2024 | 3:57 PM
Phil Foden (kanan) dari Manchester City meraikan bersama rakan sepasukan Bernado Silva selepas menjaringkan gol kedua pasukannya menentang Manchester United pada 3 Mac.
Phil Foden (kanan) dari Manchester City meraikan bersama rakan sepasukan Bernado Silva selepas menjaringkan gol kedua pasukannya menentang Manchester United pada 3 Mac. - Foto EPA-EFE

MANCHESTER: Phil Foden adalah pemain terbaik dalam Liga Perdana England (EPL) berdasarkan prestasinya sekarang, dan akan menjadi legenda Manchester City, kata pengurus Pep Guardiola selepas pemain itu menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, sekali gus memberi kemenangan penting 3-1 menentang Manchester United, pada 3 Mac.

City menguasai permainan tetapi ketinggalan apabila United mendahului dengan jaringan pada minit kelapan yang menakjubkan oleh Marcus Rashford.

Foden mendapat perhatian pada separuh masa kedua.

Pemain tempatan berusia 23 tahun itu melakukan rembatan kiri yang hebat ke atas jaring pada minit ke-56, dan kemudian menewaskan Andre Onana dengan penyudah tepat, selepas 80 minit.

Gol liga ke-18 Erling Haaland musim ini, melengkapkan keadaan pada masa kecederaan – gol keenamnya minggu ini – tetapi tiada apa yang boleh mencuri tumpuan daripada Foden yang kini mempunyai 11 gol liga musim ini.

“Beliau bermain sejumlah perlawanan. Beliau pemain berbakat dan kini dia lebih matang dan lebih memahami permainan, terutama dari segi pertahanan,” kata Guardiola kepada BBC.

“Beliau boleh bermain di tengah, kanan, menghidupkan permainan dan memintas dari dalam, bermain di bahagian kiri, menjaringkan gol dari kiri. Apa lagi yang boleh saya katakan?

“Beliau adalah pemain terbaik dalam EPL sekarang. Sungguh luar biasa.”

Mutu dan tahap permainan Foden yang konsisten membuat beliau tidak boleh digugurkan walaupun dalam skuad yang dibarisi pemain bertaraf dunia.

Dengan prestasi semasanya juga, tiada sebab mengapa beliau tidak boleh disertakan dalam pasukan England pimpinan Gareth Southgate.

City kini tidak kalah dalam 19 perlawanan dan akan ke Anfield hujung minggu depan untuk menentang pendahulu liga, Liverpool, yang berada satu mata lebih baik.

“Adakah kita akan melakukannya? Saya tidak tahu,” kata Guardiola ketika ditanya sama ada pasukannya akan merangkul kejuaraan liga buat kali keempat berturut-turut. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg