Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Haaland beri amaran kepada pesaing City

Penyerang yang baru cergas semula daripada kecederaan
kini bersedia bantu City julang tiga piala musim ini
Feb 28, 2024 | 02:02 PM



LUTON: Erling Haaland memberi amaran kepada semua pesaing Manchester City selepas menjaringkan lima gol dalam kemenangan 6-2 City ke atas Luton dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA pada 28 Februari.


Penyerang berusia 23 tahun itu mencatat sejarah sebagai pemain City pertama menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan lebih daripada sekali sedang pasukan Pep Guardiola itu mara ke suku akhir pertandingan tersebut.

Haaland baru turun padang semula selepas dua bulan menghadapi kecederaan kaki.

Selepas mengambil masa untuk cergas semula sepenuhnya, beliau kini berkata sudah bersedia membantu City menjulang tiga piala musim ini, sebagaimana yang mereka capai musim lalu.

City kini satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana England (EPL), Liverpool, dan mendahului Copenhagen 3-1 menjelang perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

“Kejayaan itu akan datang. Kami akan mencapai kejayaan itu,” kata Haaland kepada media.

“Kecergasan saya? Saya sedang berusaha untuk sampai ke tahap terbaik saya. Akhirnya saya rasa hebat. Ia adalah perasaan baik.

“Saya ghairah menantikan apa yang akan datang. Kami bersedia untuk menyerang,” tambahnya.

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu nampaknya hampir ke tahap terbaiknya apabila beliau menggugat pertahanan Luton di Kenilworth Road.

Kekuatannya, gerakan hebatnya dan ancaman serangannya terbukti terlalu hebat untuk ditangani pasukan Rob Edwards.

Jumlah rekod yang Haaland pecahkan sejak tiba di Stadium Etihad pada 2022 tidak terkira.

Beliau telah menjaringkan 30 gol lebih banyak daripada sembarang pemain EPL dalam semua pertandingan sejak itu, walaupun beliau terlepas beberapa perlawanan musim ini akibat kecederaan.

“Haaland bertaraf dunia,” kata bekas kapten Manchester United, Roy Keane.

“Beliau mendapatkan gol dengan mudah, gerakan beliau hebat dan beliau mempunyai perwatakan hebat,” tambahnya.

Haaland dan Kevin De Bruyne sekali lagi menunjukkan mengapa mereka disifatkan sebagai salah satu pasangan bola sepak yang digeruni ramai.

Empat daripada lima jaringan Haaland terhasil melalui bantuan De Bruyne.

De Bruyne kini telah melakukan 16 ‘assist’ (pembuka laluan) daripada 79 gol Haaland, dan merupakan pemain EPL pertama melakukan empat ‘assist’ dalam satu perlawanan sejak Harry Kane melakukannya bagi Son Heung-min untuk Tottenham pada 2020.

“Erling temui rentak perlawanannya... kerjasama antara beliau dengan Kevin sempurna,” kata Guardiola selepas perlawanan.

“Kevin memerlukan pemain seperti Haaland dan Haaland memerlukan pemain seperti Kevin,” tambahnya.

Perlawanan City seterusnya ialah perlawanan EPL menentang seteru Manchester United di Stadium Etihad pada 3 Mac.

Dengan prestasi Haaland dan De Bruyne kini begitu mengagumkan, sudah tentu ia akan memberi kelebihan kepada City.

Dalam perlawanan Piala FA lain, Newcastle menewaskan Blackburn Rovers melalui sepakan penalti 4-3 selepas perlawanan mereka berakhir 1-1.

Leicester City menundukkan Bournemouth 1-0 melalui gol tunggal Abdul Fatawu.

Coventry pula mendapatkan kemenangan 5-0 yang mengagumkan ke atas Maidstone United dengan Ellis Simms melakukan hatrik. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >