Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna AI untuk lebih berjaya: Bill Gates

May 23, 2023 | 5:15 PM
ENCIK BILL GATES: Kecewa jika melepaskan peluang untuk mencipta sesuatu yang lebih baik dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
ENCIK BILL GATES: Kecewa jika melepaskan peluang untuk mencipta sesuatu yang lebih baik dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI). - Foto REUTERS

SAN FRANCISCO: Encik Bill Gates, pengasas bersama Microsoft Corp, berkata pada Isnin bahawa untuk memenangi perlumbaan teknologi adalah dengan membangun kecerdasan buatan (AI) bermutu tinggi, bersedia untuk menghadapi gangguan enjin carian, produktiviti dan laman beli-belah dalam talian.

“Anda tidak akan pergi lagi ke enjin carian,” katanya. “Anda tidak akan pergi ke laman Amazon.”

Bercakap di majlis AI Forward 2023, satu acara di San Francisco yang dianjurkan oleh Kumpulan Goldman Sachs dan SV Angel, Encik Gates berkata beliau akan berasa kecewa jika Microsoft tidak ikut bersaing, biarpun peluangnya hanya 50 peratus, untuk muncul sebagai pemenang.

Amazon.com, Google dan Microsoft dari syarikat Alphabet, tidak segera memberi respons ketika diminta mengulas kenyataan itu.

Encik Gates berkata Infleksi AI, yang diasaskan bersama pengusaha Encik Reid Hoffman, membuatnya kagum.

Beberapa pemain industri ini telah berusaha membangun sistem bantuan komputer, yang digerakkan oleh AI, yang boleh dikendalikan oleh para pengguna dengan menggunakan suara atau teks bagi beberapa tugasan untuk mereka.

“Siapa juga pemenangnya, ia adalah suatu pencapaian besar,” kata Encik Gates. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg