Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Zoom naikkan ramalan penjualan tahunan, tanda pelanggan era pandemik akan kekal

May 23, 2023 | 03:55 PM



ZOOM telah meningkatkan ramalan penjualan buat sepanjang tahun, satu tanda positif bagi usaha syarikat pengeluar sofwe untuk terus berkembang dalam dunia pascapandemik.

Namun, syarikat yang menjadi alat penting semasa pandemik itu tidak menambah jumlah pelanggan korporat besar yang banyak, seperti yang dijangkakan oleh penganalisis.

Pelanggan korporat tersebut kini menjadi tumpuan Zoom dan penting untuk menunjukkan yang syarikat itu boleh memulihkan pertumbuhan penjualannya.

Menurut Zoom, pendapatan bagi tahun fiskal yang berakhir pada Januari 2025 adalah AS$4.47 bilion ($6.01 bilion) hingga AS$4.49 bilion, lebih tinggi berbanding ramalan awal AS$4.44 bilion.

Syarikat itu juga meningkatkan ramalan keuntungan yang diselaraskan secara tahunan kepada AS$4.25 hingga AS$4.31 sesaham, berbanding ramalan sebelumnya AS$4.11 hingga AS$4.18 sesaham.

“Pelanggan kami melihat Zoom sebagai misi kritikal dalam cara mereka bekerjasama secara dalaman dan luaran di seluruh dunia,” kata ketua pegawai eksekutif Encik Eric Yuan dalam kenyataan itu.

Pengguna dan perniagaan kecil yang menggunakan Zoom semasa pandemik telah meninggalkan platform tersebut pada beberapa suku tahun kebelakangan ini, menjejas keuntungan dan pertumbuhan jualan.

Menurut ketua pegawai kewangan, Cik Kelly Steckelberg, dalam satu persidangan, kumpulan pelanggan itu kini semakin stabil.

Segmen dalam talian diharapkan menjana kira-kira AS$480 juta dalam tempoh kini dan berkekalan, katanya.

Dalam tempoh yang berakhir pada 30 April, syarikat yang berpangkalan di San Jose, California, itu berkata ia mempunyai 215,900 pelanggan perniagaan, meningkat lebih 9 peratus daripada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah pelanggan tersebut, 3,580 menyumbang lebih AS$100,000 iaitu, kenaikan 23 peratus berbanding tempoh setahun sebelumnya.

Pendapatan daripada perniagaan besar pada suku tersebut menyumbang sebanyak 57 peratus, tidak berubah daripada tempoh sebelumnya.

Pada suku pertama tahun fiskal ini, Zoom melaporkan penjualan meningkat melebihi ramalan, kira-kira 3 peratus kepada AS$1.11 bilion.

Keuntungan, tidak termasuk beberapa barangan, ialah AS$1.16 sesaham. Penganalisis, secara purata, menganggarkan AS$0.99 sen sesaham.


Saham Zoom meningkat kira-kira 1 peratus dalam sesi dagangan yang dilanjutkan selepas ditutup pada AS$71.41 di New York.

Saham itu telah meningkat sebanyak 5.4 peratus tahun ini, ketinggalan di belakang kebanyakan rakan seindustri di tengah-tengah kebimbangan berterusan tentang pergolakan pelanggan dan persaingan daripada Microsoft.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >