Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gunung Merapi Indonesia meletus, muntahkan lahar

May 24, 2023 | 4:32 PM
KEGIATAN MENINGKAT: Kegiatan Merapi meningkat sedikit sejak beberapa hari lalu, tetapi peningkatan seperti itu sering berlaku di Merapi.
KEGIATAN MENINGKAT: Kegiatan Merapi meningkat sedikit sejak beberapa hari lalu, tetapi peningkatan seperti itu sering berlaku di Merapi. - Foto AFP

JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia, salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, meletus pada Selasa, memuntahkan lahar lebih dua kilometer daripada kawah.

Imej lahar yang keluar mencurah dari kawah gunung berapi yang berasap itu diterbitkan Balai Cerap Gunung Merapi yang dikendali pemerintah.

Puluhan gegaran kecil berkaitan letusan Merapi direkodkan pada Selasa, menurut Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), satu agensi pemerintah yang memantau gunung berapi itu.

“Kegiatan Merapi sedikit meningkat sejak beberapa hari lalu... tetapi peningkatan seperti ini sering berlaku di Merapi,” kata Ketua BPPTKG, Encik Agus Budi Santoso.

Cuaca cerah bermakna orang ramai boleh melihat letusan yang mengalir dari gunung berapi itu, katanya.

Gunung Merapi, yang terletak hanya 28 kilometer di utara kota Yogyakarta, dipantau rapi oleh agensi itu.

Pihak berkuasa melaksanakan zon sekatan tujuh kilometer pada 2022 berikutan penilaian risiko bagi kampung berdekatan.

Lahar daripada letusan Merapi pada Selasa jatuh dalam zon itu, kata Encik Santoso.

Paras amaran Merapi, yang dikekalkan pada paras kedua tertinggi sejak 2020 berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi, kekal tidak berubah, tambah beliau.

Letusan besar terakhir gunung berapi itu pada 2010 membunuh lebih 300 orang dan memaksa pemindahan kira-kira 280,000 penduduk.

Ia adalah letusan paling kuat di Merapi sejak 1930, apabila kira-kira 1,300 orang terbunuh. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg