Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gunung Merapi meletus, lapangan terbang tutup

Mar 03, 2020 | 03:50 PM



JAKARTA - Gunung Merapi di Indonesia, telah meletus pada pagi Selasa (3 Mac), mengeluarkan asap debu sepanjang enam kilometer hingga menyebabkan amaran penerbangan.



Sebagai respons kepada amaran kod merah itu, lapangan terbang Adi Soemarmo di Solo, Jawa Tengah, telah ditutup buat sementara ini, lapor The Straits Times (ST).



Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) Indonesia berkata di Twitter bahawa ledakan itu berlaku pada 5.22 pagi selama 450 saat dengan asap debu kelihatan di kawasan yang berada dalam lingkungan 10 kilometer dengan puncak gunung itu.



Gunung berapi setinggi 2,968 meter itu yang terletak sekitar 30 kilometer dari bandar Yogyakarta, adalah yang paling aktif di Indonesia.



Namun agensi BPPTKG tidak mengubah tahap amarannya sejak May 2018 iaitu tahap kedua dalam skala empat peringkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >