KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah rendah yang mendenda dua murid darjah empat dengan menggantung 10 loceng pada leher, disuakan dengan rumput untuk dimakan dan diejek dengan panggilan lembu pada Khamis lalu telah ditukar ke sekolah lain.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata guru tersebut akan turut diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan dalam mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah, lapor akhbar The Star.