Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Had usia beli rokok dinaikkan, jual rokok sebatang diharam

Aug 1, 2024 | 2:08 PM
rokok
Indonesia meningkatkan langkah bagi mengurangkan bilangan perokok dengan menguatkuasakan peraturan baru berkaitan penjualan rokok demi kesihatan. - Foto FACEBOOK EXPAT LIFE IN INDONESIA

JAKARTA: Dalam usaha menurunkan kadar merokok di Indonesia, Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo telah menandatangani peraturan menaikkan usia minimum individu yang ingin membeli rokok kepada 21 tahun dan mengharamkan penjualan sebatang rokok, alternatif murah yang biasa di kedai jalanan tempatan.

Peraturan itu bertujuan “menurunkan kelaziman perokok dan mencegah perokok awal usia”.

Ia juga mewajibkan pembungkusan tembakau mengandungi sekurang-kurangnya 20 batang rokok, dan mengehadkan pembungkusan tembakau yang dihiris kepada maksimum 50 gram.

Pada masa ini, kandungan pek rokok berbeza, termasuk 12, 16, dan 20 batang.

Kedai kecil sering menjual rokok secara individu, dengan harga serendah 2,000 rupiah (16 sen) sebatang, menjadikannya mudah diakses oleh remaja.

Peraturan baru itu bertujuan menghalang remaja membeli rokok, dengan menjadikannya lebih mahal, sekali gus mengurangkan daya tarikannya kepada perokok kali pertama, lapor Jakarta Globe.

Peraturan itu merangkumi beberapa langkah utama, termasuk larangan jualan berdekatan sekolah dan kawasan permainan.

Tembakau dan rokok elektronik (e-rokok) tidak boleh dijual dalam jarak 200 meter dari institusi pendidikan dan kawasan permainan kanak-kanak.

Di bawah larangan jualan dalam talian, produk tembakau dan e-rokok tidak boleh dijual melalui laman web, aplikasi atau media sosial, walau pengesahan umur yang sah boleh mengecualikan jualan dalam talian.

Peraturan itu bertujuan meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan bermutu, khususnya bagi meningkatkan kemudahan serta kakitangan penjagaan kesihatan di kawasan terpencil.

Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin, menyokong peraturan itu dan menekankan peranannya dalam mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan Indonesia.

Menurut Tinjauan Kesihatan Indonesia (SKI) 2023, merokok dalam kalangan remaja berusia 10 hingga 18 tahun berkurangan kepada 7.4 peratus daripada 9.1 peratus pada 2018, walaupun ia kekal melebihi sasaran 5.4 peratus yang ditetapkan dalam Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana Nasional.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg