Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Haiwan di zoo Gaza mati, kelaparan dek perang

Jan 04, 2024 | 01:32 PM



RAFAH: Gambar-gambar menyayat hati singa dan monyet kurus kering kebuluran di taman haiwan di Gaza disebabkan perang telah dikeluarkan pada 2 Januari.


Singa, monyet dan burung kakak tua sedang terkial-kial mencari makanan dan rawatan perubatan di Zoo Rafah, di selatan Jaluran Gaza, 12 minggu selepas serangan Israel di wilayah itu, lapor MaiI Online.


Sesetengah haiwan telah pun mati akibat kebuluran dan yang lain terus hidup dalam keadaan teruk, manakala berpuluh-puluh rakyat Palestin mencari perlindungan dengan berkhemah di antara kandang binatang tersebut di taman haiwan privet milik keluarga Gomaa itu.

Empat monyet sudah mati dan yang kelima kini sangat lemah hingga tidak boleh makan sendiri, kata pemilik taman haiwan itu, Encik Ahmed Gomaa.

Beliau juga bimbang mengenai dua anak singanya, yang ibunya telah kehilangan separuh berat badannya sejak konflik itu bermula disebabkan daripada diberi makan ayam setiap hari kepada hanya roti setiap minggu.

“Kami memberi haiwan-haiwan ini makan roti kering yang direndam dalam air semata-mata untuk memastikan mereka terus hidup. Keadaan sungguh tragik,” kata Encik Gooma.

Haiwan mati dan jatuh sakit setiap hari, kata Encik Sofian Abdeen, doktor haiwan yang pernah bekerja di taman haiwan itu.

“Kes kelaparan, lemah, anemia (kekurangan sel darah merah). Masalah ini berleluasa. Tiada makanan.”

Hampir kesemua 2.3 juta penduduk Gaza telah dihalau dari rumah mereka akibat pengeboman Israel, yang menyebabkan sebahagian besar wilayah itu menjadi runtuhan.

Ramai rakyat Palestin kini tidur di tepi jalan dan di tapak-tapak tanah kosong di selatan bandar Rafah.

Taman Haiwan Gaza, yang mempunyai sekitar 100 spesies, tidak dapat diuruskan dengan baik selepas tentera Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti di seluruh wilayah Palestin itu.

“Tentera Israel menghalang pekerja kembali ke taman haiwan. Jika ingkar, mereka akan menjadi sasaran peluru hidup.

“Tindakan ini menyebabkan haiwan-haiwan di taman haiwan tidak dapat penjagaan sepatutnya,” kata Datuk Bandar Gaza, Encik Yahya Al Sarraj, kepada Al Jazeera.


Beliau menambah bahwa pekerja kembali ke taman haiwan itu semasa gencatan kemanusiaan dikuatkuasakan tetapi sudah terlambat kerana banyak haiwan telah mati kelaparan.

“Semuanya telah terlambat. Haiwan yang masih hidup dapat dikira dengan jari,” ujarnya.

Difahamkan bahawa 90 peratus haiwan di Taman Haiwan Gaza sudah mati, manakala beberapa haiwan, seperti babun, terlepas dari kandang mereka dan merayau-rayau di sekitar jalan raya Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >