Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seluruh Gaza dicengkam kebuluran terburuk jelang Feb

Dec 22, 2023 | 02:20 PM



LONDON: Keseluruhan 2.3 juta penduduk Gaza kini berdepan tahap krisis kelaparan dan risiko kebuluran yang semakin meningkat setiap hari, kata sebuah badan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan yang diterbitkan pada 21 Disember.


Peratusan isi rumah di Gaza yang terjejas oleh krisis makanan yang serius adalah yang terbesar pernah direkodkan di seluruh dunia, menurut laporan oleh Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC).

IPC meramalkan kemungkinan besar menjelang 7 Februari ini seluruh penduduk di Semenanjung Gaza iaitu sekitar 2.2 juta akan berdepan tahap kebuluran terburuk.

IPC mengukur tahap kebuluran melalui lima skala, iaitu daripada tahap satu hingga lima.

“Ini adalah tahap tertinggi bagi situasi ketidakjaminan makanan yang pernah diklasifikasikan oleh inisiatif IPC untuk mana-mana kawasan atau negara,” katanya.

Situasi kemanusiaan di Gaza telah merosot dengan cepat sejak Israel memulakan operasi ketenteraan besar-besaran pada 7 Oktober, dengan pengeboman udara dan serangan darat tanpa henti sehingga memusnahkan Gaza dan mengorbankan hampir 20,000 nyawa.

Kempen ketenteraan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas di Israel yang membunuh 1,200 orang dan menahan 240 orang sebagai tebusan.

Trak yang membawa bantuan dari Mesir telah menghantar makanan, air dan ubat-ubatan, tetapi PBB menyatakan kuantiti makanan hanya 10 peratus daripada keperluan penduduk Palestin yang kini berpindah randah untuk mencari perlindungan.

“Terdapat risiko kebuluran yang semakin meningkat setiap hari dek pertempuran sengit dan akses bantuan kemanusiaan yang terbatas atau bertambah buruk,” kata IPC.

Pengagihan bantuan dalam Gaza telah dihalang oleh operasi ketenteraan, pemeriksaan bantuan oleh tentera Israel, gangguan komunikasi dan kekurangan bahan api.

Beberapa warga Gaza yang terdesak telah melompat ke atas trak bantuan untuk merebut bekalan makanan.

Terdapat laporan mengenai penduduk makan daging keldai dan pesakit kurus kering yang mendapatkan bantuan perubatan.

IPC, yang dibentuk hasil perkongsian termasuk agensi PBB dan badan bukan mencari untung, menetapkan standard global untuk menentukan keterukan krisis makanan menggunakan set kriteria teknikal yang kompleks.

Dalam pada itu, hospital-hospital di utara ​Gaza lumpuh kerana kekurangan bahan api, kakitangan dan bekalan perubatan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika Israel menyasarkan kemudahan perubatan.

Agensi kesihatan PBB itu berkata pada 21 Disember bahawa ia telah mengetuai lawatan ke dua buah hospital yang rosak teruk – Al-Shifa dan Ahli, di utara wilayah itu.

Ia menggambarkan keadaan “tidak tertanggung” dengan sebahagian besar pesakit terbiar meminta makanan dan air.

“Kakitangan kami kehabisan kata-kata untuk menggambarkan situasi bencana yang dihadapi oleh pesakit dan pekerja kesihatan yang masih tinggal,” kata Encik Richard Peeperkorn, wakil WHO untuk wilayah Palestin yang diduduki. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >