Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Haji 2023 berakhir dengan jaya, 3.2j jemaah diurus lapangan terbang: Penguasa penerbangan Saudi

Aug 11, 2023 | 12:22 PM



RIYADH: Musim haji 2023 diisytihar sebagai satu kejayaan dengan lapangan terbang Arab Saudi mengendalikan lebih 1.5 juta jemaah dan membawa sekitar 3.2 juta penumpang melalui 102 syarikat penerbangan semasa tempoh ibadah itu.


Jumlah penumpang dalam musim haji 2023 meningkat lebih 86 peratus daripada 2022, menurut satu kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA).

Presiden GACA, Encik Abdulaziz Abdullah Al-Duailej, menekankan kejayaan pelan operasi dan pencapaiannya yang hebat.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada semua sektor yang memainkan peranan penting dalam pengurusan aliran jemaah haji dengan cekap di lapangan terbang.

Statistik penerbangan semasa musim haji menunjukkan Indonesia mencatat ketibaan dan keberangkatan jemaah paling banyak. Ia disusuli India dan kemudian Pakistan, Bangladesh dan Nigeria, menurut perangkaan GACA.

Inisiatif ‘Haji Tanpa Beg’ yang bertujuan meningkatkan perkhidmatan bagi jemaah yang berlepas pulang melalui lapangan terbang juga terbukti berjaya, dengan lebih 680,000 jemaah, merangkumi 2,200 penerbangan, dan lebih 1.148 juta beg dikendalikan, ujar GACA.

Arab Saudi mempunyai misi menjadi pemain utama dalam sektor penerbangan di Timur Tengah menerusi strateginya memperluas sambungan udara ke 250 destinasi melalui lapangan terbang kerajaan menjelang 2030, yang termaktub dalam Wawasan Saudi 2030.

Pada Julai, pemimpin negara-negara Arab memuji usaha Arab Saudi di bawah kepimpinan Raja Salman dalam menyempurnakan musim haji 1444 Hijrah, dan menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan itu atas kelancaran semua urusan, lapor agensi Saudi Press.


Speaker Parlimen Arab, Encik Adel Al-Asoumi, berkata khidmat yang disediakan telah memastikan keselesaan dan menjamin keselamatan jemaah dengan sebaik mungkin. Arab Saudi juga memanfaatkan keupayaannya memudahkan semua jemaah melakukan ibadah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Encik Hissein Brahim Taha, juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Arab Saudi atas kelancaran musim haji 2023.

Beliau memuji tahap perkhidmatan dan layanan yang disediakan kepada jemaah, yang dilakukan Arab Saudi “dengan penuh dedikasi” setiap tahun.

Arab News pula melaporkan Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Encik Jassem Mohamed Albudaiwi, melahirkan penghargaannya kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerana melayani jemaah sekali gus membantu mewujudkan persekitaran tenang, selamat dan mudah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >