Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sheikh Sudais di lantik ketua ehwal agama bertaraf menteri di dua kota suci

Aug 10, 2023 | 6:52 PM
PELANTIKAN BARU:  Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais (berdiri) dan Dr Tawfiq Al-Rabiah (duduk dua dari kanan dibarisan depan) diberi peranan lebih besar di bawah kerajaan Raja Salman.
PELANTIKAN BARU: Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais (berdiri) dan Dr Tawfiq Al-Rabiah (duduk dua dari kanan dibarisan depan) diberi peranan lebih besar di bawah kerajaan Raja Salman. - Foto ARAB GAZETTE

JEDDAH: Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi Arab Saudi telah menamakan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais sebagai ketua Pejabat Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang bertaraf menteri.

Beliau juga melantik Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah, sebagai pengerusi lembaga pengarah Pihak Berkuasa Umum bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pelantikan itu dibuat dalam dua titah diraja yang dikeluarkan Raja Salman menyusuli keputusan Majlis Menteri pada Selasa untuk membentuk pejabat presiden dan pihak berkuasa umum sebagai dua badan bebas.

Kedua-dua entiti itu akan dikaitkan secara organisasi dengan Raja Salman, lapor Arab Gazette.

Sebelum pelantikan baru itu, Dr Al-Sudais berkhidmat sebagai ketua Pejabat Presiden Umum untuk Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, yang ditukar kepada Pihak Berkuasa Umum bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pejabat Presiden Umum yang baru itu akan melaksana semua pengkhususan, tugas dan kerja mengawasi hal ehwal imam dan muazin di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dan segala yang berkaitan dengan urusan agama, termasuk kalangan agamawan dan pengajian agama Islam.

Pihak berkuasa am yang baru di bawah pimpinan Dr Al-Rabiah akan menikmati kebebasan menguruskan soal kewangan dan pentadbiran.

Ia akan melaksana tugas-tugas khusus, perkhidmatan, operasi, penyelenggaraan dan pembangunan yang berkaitan dengan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg