Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hala tuju HSR perlu dibincangkan dengan S’pura: Anthony Loke

Nov 02, 2023 | 08:46 PM



Hala tuju baru pembinaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dibincangkan dengan Singapura, selepas Malaysia memuktamadkan permohonan maklumat (RFI) dan pembiayaan untuk projek berkenaan kelak.

Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook, berkata walaupun perjanjian dengan Singapura mengenai projek itu telah ditamatkan dan Malaysia bebas menentukan hala tuju baru, perkembangannya akan dibincangkan dengan negara itu, jika projek berkenaan diteruskan membabitkan dua negara.

“Kalau nak hubungkan dengan Singapura, maka kita perlukan persetujuan mereka dari segi pelaksanaannya. Satu prinsip yang dipersetujui kedua-dua negara ialah projek berkenaan mesti menghubungkan Malaysia dan Singapura secara ‘point to point’ (titik ke titik).

“Sebab kalau hanya sampai ke Johor Bahru, ia tidak akan menjadi viable (tidak berguna) kerana tidak hubungkan dua bandaraya utama di Asean. Jadi mesti hubungkan antara Kuala Lumpur (KL) dengan Singapura,” katanya pada Khamis di Parlimen.


Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024, menjawab soalan dibangkitkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh), mengenai perkembangan pembinaan HSR, yang turut dicadang menghubungkan Singapura-KL dan Bangkok, Thailand.

Encik Loke berkata setakat ini tumpuan untuk memulihkan projek HSR berkenaan ialah bagi menghubungkan Malaysia-Singapura, sebelum memperhalusi cadangan menyambungkannya ke Bangkok.

“Setakat ini RFI sedang dijalankan dan apabila siap akan dibentangkan pada Kabinet. Kalau Kabinet bersetuju, maka kita akan bincang dengan Singapura. Pada tahap ini kita fokus KL-Singapura.

“KL ke Bangkok itu mungkin perlukan masa kerana ia sudah tentu (membabitkan kos) jauh lebih tinggi berbanding KL-Singapura,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai RFI dan dana pembinaan HSR, Encik Loke berkata kerajaan ketika ini sedang mengkaji model pelaksanaan baru bagi meneruskan cadangan pembinaan HSR itu.

Antaranya, kata beliau, melibatkan kajian modal untuk mengetahui jika ada pihak swasta yang berminat untuk menampung kos pembinaan jajaran, pengurusan sistem dan pengoperasian HSR berkenaan.

“Malaysia melalui MyHSR Corp sudah beberapa bulan melaksanakan RFI dan banyak syarikat menunjukkan minat dan sudah menghantar kertas kerja, ada juga yang minta lebih masa untuk memuktamadkan cadangan mereka,” katanya.

Untuk rekod, Projek HSR itu yang menyasarkan pembinaan laluan rel sepanjang 350 kilometer, telah dibatalkan pada Disember 2020, selepas kedua-dua negara gagal bersetuju dengan beberapa saranan perubahan kepada projek tersebut.

Malaysia telah membayar sebanyak RM320.27 juta ($102.8 juta) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembangunan projek HSR serta berkaitan dengan lanjutan penangguhannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >