
KUALA LUMPUR: Penentuan tarikh sambutan Hari Raya di Malaysia berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, berkata di Malaysia penentuan tarikh Hari Raya adalah melalui kaedah gabungan antara ilmu Hisab (kiraan) dan Rukyah (anak bulan) atau lebih dikenali Imkanur-Rukyah iaitu menepati kadar tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal (sabit pertama selepas ijtima') dan matahari.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg