Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hantar bantuan guna payung terjun pilihan terakhir

Mar 11, 2024 | 05:30 AM



WASHINGTON: Menghantar bantuan kemanusiaan menggunakan laluan darat menerusi lintasan Rafah dilihat tidak praktikal apabila bantuan itu lambat tiba sedangkan penduduk Gaza amat terdesak untuk menggunakan keperluan asas.


Tindakan Israel yang memeriksa setiap satu trak bantuan itu menyebabkan proses menjadi lebih lambat, malah ada yang tidak dibenarkan masuk dengan alasan membawa barangan ‘tidak sepatutnya’.

Sehubungan itu, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan menghantar bantuan menggunakan kaedah payung terjun mungkin menjadi ‘pilihan terakhir’ untuk membantu penduduk Gaza.

“Payung terjun sentiasa menjadi pilihan terakhir jika anda bertanya kepada mana-mana pakar logistik kerana kaedah itu tidak praktikal dan juga mahal.

“Bantuan boleh disalurkan segera ke Gaza jika tiada banyak halangan dan semua pihak bersetuju,” kata Ketua Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), Encik Andrea De Domenico yang dipetik agensi berita Turkey, Anadolu Agency.


Kenyataan itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri Palestin, Encik Mohammad Shtayyeh menggesa Kesatuan Eropah (EU) dan PBB supaya menghantar bantuan ke Gaza menggunakan payung terjun.

Selain itu, Encik De Domenico menyifatkan kaedah payung terjun itu sangat mencabar dan boleh mendatangkan bahaya lebih serius.

Menurutnya, jumlah bantuan yang boleh dibawa juga amat terhad, sekali gus tidak dapat membantu penduduk Gaza sewajarnya.

Bagaimana misi payung terjun boleh dilaksanakan?

Amerika Syarikat menggunakan pesawat tentera untuk menggugurkan bekalan bantuan ke Gaza. Pesawat C-17 dan C-130 dipercayai akan menjadi jentera paling sesuai untuk misi itu kerana menurut Tentera Udara Amerika, C-130 boleh memuatkan 16 palet bantuan, manakala C-17 pula mampu membawa 40 palet bantuan.

Anggota tentera di darat memuatkan bekalan ke palet, yang kemudiannya dikunci dalam pesawat. Apabila pesawat berada di atas kawasan di mana bekalan digugurkan, kunci yang menahannya dibuka dan ia akan jatuh ke tanah dengan bantuan payung terjun yang dipasang pada palet bantuan itu.

Risiko misi payung terjun

Walaupun tentera boleh menjangkakan keadaan cuaca, angin tetap memainkan peranan penting dalam memastikan palet mendarat di tempat yang sepatutnya.

Video tular di media sosial menunjukkan beberapa bantuan yang dihantar oleh negara lain berakhir di laut, malah Gaza juga wilayah yang mempunyai penduduk padat dan pegawai mengakui sukar untuk memastikan bantuan itu sampai kepada mereka yang memerlukannya dan kemungkinan ia berakhir di tempat yang tidak dapat dihubungi.

“Amat sukar untuk melakukan airdrop dalam persekitaran yang sesak seperti Gaza,” kata jurucakap keselamatan negara Amerika Syarikat, Encik John Kirby.


Pegawai itu juga menyatakan tanpa kehadiran tentera Amerika di lapangan, tiada jaminan bantuan itu tidak akan sampai di tangan Hamas.

Contoh misi payung terjun
Amerika yang lalu

Setiap tahun sempena Krismas, Amerika akan menggugurkan bantuan kemanusiaan ke pulau-pulau terpencil di Lautan Pasifik dalam usaha dikenali sebagai Operation Christmas Drop.

Pada 2014, tentera Amerika menggugurkan bantuan di utara Iraq, apabila orang awam mula terperangkap dalam konflik Daesh.

Dalam tempoh beberapa bulan itu, lebih 100,000 makanan dan 96,000 botol air digugurkan dari udara.

Pilihan alternatif

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden memberitahu wartawan bahawa mereka sedang melihat kemungkinan menggunakan koridor maritim untuk menyerahkan sejumlah besar bantuan ke Gaza.

Seorang pegawai Amerika berkata, satu pilihan yang mungkin berlaku adalah penghantaran bantuan melalui laut dari Cyprus, iaitu kira-kira 210 batu nautika dari pantai Laut Mediterranean di Gaza.

Namun pegawai itu berkata, setakat ini tiada keputusan dibuat mengenai pembabitan tentera dalam operasi sedemikian malah menyatakan, Israel sangat bersetuju pilihan pengangkutan laut kerana ia mampu mengelakkan kemelut penunjuk perasaan yang menyekat lintasan darat untuk membantu konvoi.

Namun realitinya, penggunaan tentera maritim sangat mencabar, kerana ia tanpa lokasi yang jelas di mana bantuan boleh dipunggah dari kapal. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >