Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kumpulan hak asasi tuduh Israel sekat lagi bantuan ke Gaza

Feb 27, 2024 | 01:56 PM



BAITULMAKDIS: Dua kumpulan hak asasi manusia pada 26 Februari menuduh Israel mengehadkan lagi bantuan kemanusiaan ke Gaza walaupun mendapat perintah daripada mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Januari memerintah Israel melakukan segala-galanya untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di wilayah yang dikepung itu.

Ia juga mesti mengambil “langkah segera dan berkesan” untuk penyediaan bantuan, kata ICJ.

Tetapi pihak berkuasa Israel “gagal mengambil langkah minimum untuk mematuhi” keputusan ICJ yang dikeluarkan pada 26 Januari, kata Amnesty International.

Kedua-duanya, Amnesty International dan Pemantau Hak Asasi (HRW), berkata bilangan trak bantuan yang memasuki Gaza sebenarnya telah berkurangan kira-kira sepertiga sejak perintah ICJ itu, yang dibuat apabila Afrika Selatan membawa tuduhannya bahawa Israel melanggar Konvensyen Genosid PBB ke mahkamah tersebut.

“Pemerintah Israel sedang membuat 2.4 juta rakyat Palestin di Gaza mengalami kebuluran.

“Ini menjadikan Israel lebih bahaya daripada sebelum perintah Mahkamah Dunia itu dikeluarkan,” kata Pengarah HRW bagi Israel dan Palestin.

“Pemerintah Israel mengabaikan keputusan mahkamah, dan dalam beberapa cara bahkan memperhebat penindasannya, termasuk menyekat lagi bantuan bagi menyelamatkan nyawa.”

Keputusan ICJ mengikat secara sah, tetapi mahkamah itu tidak mempunyai mekanisme penguatkuasaan.

Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata terdapat “pengurangan 50 peratus” dalam bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza sepanjang Februari, berbanding Januari.

“Bantuan sepatutnya meningkat bukan berkurangan untuk memenuhi keperluan besar dua juta rakyat Palestin dalam keadaan hidup terdesak,” kata Ketua UNRWA, Encik Philippe Lazzarini, di aplikasi X.

Komen terkini daripada dua kumpulan hak asasi manusia dan UNRWA itu dibuat ketika Israel bersiap sedia untuk melakukan serangan darat yang dijangkakan ke atas Rafah di selatan Gaza.

Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, berkata pada 26 Februari bahawa tindakan Israel itu seolah-olah memburukkan lagi keadaan yang sudah amat buruk berkaitan operasi bantuan.

Israel telah menolak kes yang dibawa Afrika Selatan ke ICJ itu sebagai “kisah yang sangat diputar belit.”

Malah, Israel berkata kalau ada sebarang tindakan pembunuhan beramai-ramai, ia sebenarnya dilakukan terhadap Israel semasa serangan Hamas ke atas negara itu pada 7 Oktober 2023. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >