Harga buah naik ekoran kemarau, cuaca panas
Jun 22, 2016 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Harga buah-buahan tempatan meningkat kerana hasil tuaian sedikit tahun ini ekoran kemarau panjang dan cuaca panas terik awal tahun ini. Ini memaksa pemborong mengimport buah-buahan dari negara-negara jiran.
Tinjauan Malay Mail di Pasar Chow Kit menunjukkan harga pisang abu telah meningkat 30 peratus. Sebelum ini, ia dijual pada harga RM3 dan RM3.50 sekilogram ($0.99 dan $1.16). Kini, kosnya naik sehingga RM4 dan RM4.50 sekilogram. Kebanyakan pisang abu diimport dari Indonesia dan Filipina.