Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harimau belang ronda lebuh raya Kelantan

Sep 28, 2023 | 6:34 PM
HARIMAU NAK KE MANA TU : Harimau ini kelihatan dua kali oleh pemandu lori Encik Che Fiti yang memuat naik video viral.
HARIMAU NAK KE MANA TU : Harimau ini kelihatan dua kali oleh pemandu lori Encik Che Fiti yang memuat naik video viral. - Foto CHE FITI ZULHILMI

Seekor harimau kelihatan merayau-rayau di sebuah lebuh raya di Kelantan dan sempat dirakam oleh seorang pemandu lori yang sedang lalu di situ.

Dalam 4 petang pada Selasa lalu, pemandu itu, yang dikenali sebagai Encik Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22 tahun, dan teman sekerjanya, Encik Amir Saari, 25 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari Jeji menuju ke Gua Musang di Kelantan.

Menurut Encik Che Fiti, belau terlihat harimau itu pada sebelah pagi, dan sempat mengambil gambar tetapi pada waktu petang, beliau sekali lagi terserempak dengan haiwan itu dan terus berkongsi rakaman itu menerusi Whatsapp. Ia kali pertama Encik Che Fiti melihat harimau di situ, walaupun menggunakan lebuh raya itu hampir setiap hari. 

Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan,, Encik Mohamad Hafid Rohani pada Rabu berkata susulan laporan itu, sepasukan renjer dikerahkan ke tempat kejadian untuk menyiasat.

“Pihak kami sudah ke tempat kejadian dan menjalankan siasatan. Sejauh ini kami masih belum dapat mengesan harimau itu,” kata Encik Mohammad Hafid.

Berita tentang harimau kelihatan di lebuh raya ini mendapat perhatian setelah video 49-saat yang dimuat naik oleh Encik Che Fiti menjadi viral. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg