Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Helikopter tentera udara Sri Lanka terhempas, enam terkorban

May 9, 2025 | 4:19 PM
Sebuah ambulans membawa mangsa nahas helikopter di Maduru Oya, timur ibu negara Colombo, pada 9 Mei 2025. Sebuah helikopter Tentera Udara Sri Lanka telah terhempas pada hari yang sama, mengorbankan enam daripada 12 orang yang berada di dalam pesawat, menurut kenyataan pihak tentera. Pegawai tentera memaklumkan kepada AFP bahawa insiden berlaku ketika kru sedang menjalani penerbangan demonstrasi dan bersiap sedia untuk latihan terjun tali sebelum helikopter Bell 212 itu terjunam ke dalam tasik.
Sebuah ambulans membawa mangsa nahas helikopter di Maduru Oya, timur ibu negara Colombo, pada 9 Mei 2025. Sebuah helikopter Tentera Udara Sri Lanka telah terhempas pada hari yang sama, mengorbankan enam daripada 12 orang yang berada di dalam pesawat, menurut kenyataan pihak tentera. Pegawai tentera memaklumkan kepada AFP bahawa insiden berlaku ketika kru sedang menjalani penerbangan demonstrasi dan bersiap sedia untuk latihan terjun tali sebelum helikopter Bell 212 itu terjunam ke dalam tasik. - Foto AFP

COLOMBO: Sebuah helikopter milik Tentera Udara Sri Lanka terhempas pada 9 Mei, mengorbankan enam daripada 12 orang yang berada di dalam pesawat, menurut kenyataan pihak tentera.

Menurut pegawai tentera kepada AFP, insiden berlaku ketika helikopter Bell 212 itu sedang menjalani penerbangan demonstrasi dan membuat persiapan untuk latihan terjun tali sebelum ia terhempas ke dalam tasik di Maduru Oya, yang terletak di sebelah timur ibu negara Colombo.

Mereka dijadualkan melakukan aksi “fast-roping”, iaitu kaedah turun pantas menggunakan tali dari helikopter yang berada pada ketinggian bumbung bangunan, sebagai sebahagian daripada demonstrasi majlis graduasi komando Pasukan Khas.

“Terdapat 12 orang dalam helikopter itu, dan enam daripada mereka terselamat dengan hanya cedera ringan,” kata pegawai tersebut, sambil menambah bahawa mangsa yang terkorban termasuk empat anggota komando dan dua penembak Tentera Udara.

Majlis tamat latihan tersebut telah dibatalkan serta-merta susulan tragedi itu. “Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” tambah pegawai tersebut.

Insiden pada 9 Mei ini merupakan kemalangan paling buruk melibatkan Tentera Udara Sri Lanka sejak Januari 2020, apabila sebuah pesawat Y-12 buatan China terhempas di Haputale, kira-kira 200 kilometer dari Colombo, dan mengorbankan keempat-empat kru di dalamnya.

Dalam tragedi lebih awal pada September 2000, sebuah helikopter Mi-17 terhempas di kawasan tengah Sri Lanka, membunuh kesemua 15 orang di dalam pesawat, menjadikannya nahas helikopter paling buruk dalam sejarah negara pulau itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg