Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hong Kong: Selebriti di kelompok kelab dansa

Kegiatan di pusat hiburan karaoke dan pusat hiburan malam sering melibatkan pelayan dan pelanggan bercampur gaul secara rapat. Kelmarin, Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung berkata kegiatan seperti khidmat pelayan dan permainan dadu dilarang sejak lebih setahun lalu, sedang pihak berkuasa mengawasi penularan jangkitan berkaitan pusat hiburan malam di luar negara, yang mencetuskan kelompok jangkitan besar.
Jul 16, 2021 | 05:30 AM



PADA November tahun lalu, sejumlah kes Covid-19 dikaitkan dengan lebih 20 kelab dansa di Hong Kong.



Akhbar South China Morning Post melaporkan kelompok itu muncul selepas seorang peniaga wanita berusia 75 tahun mengunjungi Kelab Dansa Starlight di Wan Chai. Beliau disahkan dijangkiti pada 19 November.



Pusat hiburan dan kelab malam dibenarkan dibuka semula September tahun itu selepas ditutup pada Julai.



Studio dansa Hong Kong, yang dikenali sebagai taman permainan bagi tai tai, atau wanita sosial, kemudian dipersalahkan kerana memulakan gelombang keempat jangkitan di pulau itu.



Beberapa tokoh terkemuka, termasuk bekas pelakon wanita Tse Ling Ling, pemilik Hong Kong Cable Television David Chiu Tat Cheong, dan jutawan Rossana Wang Gaw, dikaitkan dengan kelompok itu.



Sebagai respons, pemerintah Hong Kong mewajibkan ujian Covid-19 wajib buat kali pertama, namun kelompok itu terus membesar, dengan lebih 730 orang dijangkiti Januari lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >