Hongkong akan gantung undang-undang ekstradisi
Jun 16, 2019 | 05:30 AM
HONGKONG: Ketua Eksekutif Hongkong, Cik Carrie Lam, mengumumkan semalam bahawa pemerintah akan menggantung undang-undang ekstradisi yang memecahbelahkan negara itu.
Pihaknya juga akan berhubung lebih baik dengan penduduk menyusuli bantahan besar-besaran minggu ini yang berakhir dengan keganasan dan kecederaan.