Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hospital Al-Shifa kehabisan bekalan air, oksigen

Nov 17, 2023 | 03:09 PM



GAZA: Pengarah hospital utama di Jaluran Gaza yang digempur tentera Israel berkata kemudahan itu kini kehabisan oksigen dan air sehingga membuat para pesakit dalam keadaan dahaga.


Encik Muhammad Abu Salmiya berkata “keadaan sangat genting” di Hospital Al-Shifa yang kini menempatkan lebih 650 pesakit, 500 kakitangan perubatan dan lebih 5,000 orang kehilangan tempat tinggal yang berteduh di situ.

Pejabat media Gaza dalam kenyataan Telegram, menekankan keadaan genting dengan menegaskan tiada makanan, air atau susu untuk bayi di Hospital Al-Shifa.

Mereka bergelut dengan kematian akibat kekurangan air dan makanan berikutan sekatan tentera Israel, 

“Kami mungkin kehilangan sebilangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di hospital kerana tanpa inkubator akibat bekalan elektrik terputus,” katanya dipetik agensi berita, Agensi Anadolu.


Beliau turut berkata kereta kebal Israel mengelilingi hospital, dron berdengung di ruang udara dan askar Israel masih bergerak di dalam hospital bagi menjejaki sarang dan anggota kumpulan Hamas buat hari kedua.

Tentera Israel berkata operasinya terhadap Hamas sedang berjalan dalam “cara bijaksana, berkaedah dan teliti”.

Namun, Encik Khader, seorang wartawan yang terperangkap di dalam hospital, beritahu wartawan BBC melalui telefon bahawa tentera Israel “berada di mana-mana, menembak ke semua arah”.


Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarkan serbuan ke atas Al-Shifa di Kota Gaza awal Rabu.

Ia telah mengeluarkan beberapa gambar dan video yang dikatakan sebagai senjata dan peralatan Hamas.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Encik Abu Salmiya berkata tentera Israel telah meletupkan saluran air utama Hospital Al-Shifa.

“Operasi tentera masih diteruskan, tiada siapa boleh berpindah dari satu bangunan ke bangunan lain, dan kami telah kehilangan komunikasi dengan rakan sekerja kami,” tambahnya.

Terdahulu Encik Khader memberitahu BBC bahawa tentera Israel telah “menyerbu semua jabatan”, memusnahkan bahagian selatan tembok bangunan dan berpuluh-puluh kereta.


Sebelum talian telefon Encik Khader terputus, beliau juga berkata bahawa jentolak berperisai telah dibawa masuk ke hospital.

Kementerian kesihatan yang dikawal Hamas di Gaza melaporkan bahawa jentolak Israel telah “memusnahkan bahagian pintu masuk selatan” kompleks perubatan itu.

Tentera Israel menggempur Hospital Al-Shifa yang sesak dengan pesakit dan pelarian pada Rabu dengan tujuan mencari pusat arahan dan kawalan serta rangkaian terowong Hamas yang mereka dakwa berada di bawah hospital tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >