Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hospital di utara Gaza lumpuh tidak beroperasi

Nov 22, 2023 | 01:57 PM



GAZA: Hospital di utara Gaza kini tidak beroperasi langsung, menurut Kementerian Kesihatan di kawasan yang dikepung itu.


Encik Ashraf al-Qudra, jurucakap kementerian itu, memberitahu media pada Selasa bahawa kadar penginapan di hospital-hospital di utara Gaza telah mencapai 190 peratus.

Israel mengebom dan memusnahkan sebahagian Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza, tempat lebih 700 orang masih menjalani rawatan di bawah kepungan tentera Israel, menurut beliau.

Minggu lalu, tentera Israel menyerbu hospital itu untuk menjejak apa yang mereka dakwa adalah sebahagian rangkaian terowong Hamas dan pusat arahan di bawah kompleks itu.

Hamas menafikan dakwaan itu.

Sekumpulan 28 bayi pramatang dipindahkan dari hospital itu ke Mesir pada Isnin, menurut pihak berkuasa Palestin dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Encik al-Qudra juga berkata kira-kira 120 orang dipindahkan dari Hospital Indonesia di utara Gaza ke Hospital Nasser di selatan Jaluran Gaza.

Masih terdapat lebih 400 pesakit yang cedera di Hospital Indonesia, selain kira-kira 200 kakitangan perubatan dan lebih 2,000 pelarian yang berlindung di situ, tambahnya.

Tindakan tentera Israel itu pesakit, kakitangan dan pelarian itu dalam “lingkaran kematian”, ujar Encik al-Qudra.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Isnin bahawa sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera akibat serangan ke atas Hospital Indonesia.

WHO berkata hospital tersebut kini hanya mampu menyediakan perkhidmatan asas, dengan nyawa mereka yang cedera parah berada dalam risiko.

Encik al-Qudra selanjutnya berkata Israel mengebom rumah timbalan setiausaha Kementerian Kesihatan, yang menempatkan 56 saudara-maranya, pada Selasa.

Pasukan penyelamat menemui 17 mayat manakala selebihnya masih di bawah runtuhan, menurut beliau lagi.

Hospital di utara Gaza dan Kota Gaza menghadapi gangguan bekalan elektrik kerana kekurangan bahan api dan serangan berterusan Israel.

Mereka juga menghadapi kekurangan air, ubat-ubatan penting dan bekalan sedang Israel meneruskan operasi darat dan udara ke atas wilayah itu.

WHO berkata ia merekodkan 335 serangan sejak perang bermula pada 7 Oktober, termasuk 164 di Jaluran Gaza dan 171 di Tebing Barat.

Sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin – 5,600 daripadanya kanak-kanak dan 3,500 wanita – terbunuh sejak Israel melancarkan serangan berterusan bagi membalas serangan Hamas di selatan Israel, yang membunuh lebih 1,200 orang, sebelum itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >