Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hotel di Istanbul dikosongkan selepas pelancong maut kerana keracunan

Nov 16, 2025 | 10:45 PM
Dua kanak-kanak berusia enam dan tiga tahun, bersama ibu mereka, meninggal dunia selepas jatuh sakit, manakala bapa mereka berada dalam keadaan kritikal.
Dua kanak-kanak berusia enam dan tiga tahun, bersama ibu mereka, meninggal dunia selepas jatuh sakit, manakala bapa mereka berada dalam keadaan kritikal. - Foto X/@BPTHABER

ISTANBUL: Hotel tempat keluarga pelancong Turkey-Jerman menginap sebelum mereka mengalami tanda penyakit disyaki keracunan sehingga meragut nyawa ibu dan dua anak, sudah dikosongkan, lapor media tempatan.

Semua tetamu di hotel yang tidak dinamakan di daerah Fatih, berhampiran semenanjung bersejarah Istanbul itu, dipindahkan ke hotel lain, lapor akhbar BirGun, tanpa menyatakan jumlah mereka.

Dua lagi pelancong yang menginap di hotel sama dibawa ke hospital selepas mengalami loya dan muntah, menurut laporan itu.

Keluarga berkenaan dilaporkan jatuh sakit pada 12 November selepas menikmati beberapa hidangan makanan jalanan popular di kawasan tepi laut Ortakoy, yang terletak berhampiran jambatan merentangi Selat Bosphorus.

Mereka dibawa ke hospital, namun dua anak mereka, masing-masing berusia enam dan tiga tahun, meninggal dunia pada 13 November, disusuli ibu mereka sehari kemudian, menurut Menteri Kehakiman.

Ketua Kesihatan Wilayah Istanbul, Encik Abdullah Emre Guner, berkata bapa kanak-kanak itu kini masih dalam keadaan kritikal.

Media tempatan turut melaporkan pelbagai jenis makanan yang dipercayai dimakan keluarga berkenaan sebelum jatuh sakit.

Bagaimanapun, siasatan mendapati sebuah bilik di tingkat bawah hotel itu baru-baru ini disembur racun perosak, lapor laman Hurriyet.

Polis menahan seorang pekerja hotel dan dua pekerja kawalan bahan perosak, menjadikan jumlah individu ditahan berkaitan kejadian itu meningkat kepada tujuh orang, menurut laporan laman teresebut.

Keluarga itu disahkan sebagai rakyat Turkey yang menetap di Jerman dan datang ke Istanbul untuk bercuti. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg