Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Houthi dakwa rampas kapal dikaitkan dengan Israel

Nov 20, 2023 | 02:29 PM



BAITULMAKDIS: Pemberontak Houthi Yaman mendakwa merampas sebuah kapal kargo yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah pada Ahad dan menahan 25 anak kapalnya sebagai tebusan, kata seorang pegawai sambil melahirkan kebimbangan perang Israel-Hamas bakal membuka konflik maritim baru.


Pemberontak Houthi yang disokong Iran berkata mereka merampas kapal itu atas kaitannya dengan Israel dan akan terus menyasarkan kapal di perairan antarabangsa yang ada kaitan atau dimiliki oleh Israel sehingga Israel menamatkan pertempuran dengan Hamas di Gaza. – AFP.

Perancis hantar kapal untuk bantu rawatan di Gaza

PARIS: Perancis dilaporkan bersedia untuk menghantar kapal pengangkut helikopter Dixmude miliknya ke timur Mediterranean untuk menawarkan bantuan perubatan di Gaza yang dilanda perang, kata pejabat presiden Perancis pada Ahad.


Dixmude akan berlayar “pada awal minggu dan tiba di Mesir dalam beberapa hari akan datang,” kata pejabat Encik Emmanuel Macron. Penerbangan yang membawa lebih 10 tan bekalan perubatan juga akan dihantar ke sana pada permulaan minggu ini. – AFP.


Tiga lagi wartawan maut di Gaza dalam serangan Israel

GAZA: Ketua sebuah institusi media terkemuka di Gaza dan dua wartawan lain terbunuh pada hujung minggu dalam serangan Israel di wilayah itu, kata saudara mereka pada Ahad – sekali gus meningkatkan angka puluhan wartawan yang terkorban dalam konflik selama enam minggu itu.


Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) yang berpangkalan di New York berkata kematian hujung minggu itu meningkatkan kepada 48 jumlah wartawan dan pekerja media yang terkorban sejak serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel dan serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

CPJ berkata bahawa mereka yang terbunuh terdiri daripada 43 warga Palestin, empat warga Israel dan seorang warga Lebanon. – Reuters​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >