Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Hujan lebat luar biasa di M'sia

Banjir paling teruk landa Johor dalam tempoh lebih lima dekad sejak 1969
Mar 13, 2023 | 05:30 AM



HUJAN lebat dan berterusan sekali lagi melanda Malaysia baru-baru ini yang mengakibatkan banjir besar di beberapa negeri.



Ini khususnya Johor yang pada satu masa mempunyai lebih 50,000 mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan dari rumah mereka - daripada lebih 53,000 mangsa serata Malaysia termasuk Pahang dan Melaka.



Kemalangan jiwa turut berlaku dengan lima orang maut sehingga Khamis.



Banjir di Malaysia satu perkara lazim semasa musim tengkujuh tahunan antara Oktober dengan Mac, namun hujan lebat baru-baru ini menyebabkan ramai penduduk Johor terpaksa mencari perlindungan setelah rumah mereka dinaiki air.



Paras air di 14 sungai mencecah paras bahaya manakala banyak jalan raya termasuk di Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing terpaksa ditutup pada semua kenderaan akibat banjir.



Pihak berkuasa telah menyediakan lebih 200 pusat perlindungan sementara (PPS) bagi penduduk terjejas, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).



HUJAN LEBAT LUAR BIASA



Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Encik Vincent Chow, memberitahu AFP bahawa kali ini adalah "banjir paling teruk melanda Johor" dalam tempoh lebih lima dekad, sejak 1969.



"Sekarang, cuaca tidak menentu. Perubahan iklim telah mengatasi peramal cuaca," katanya.



Hujan kali ini sememangnya agak luar biasa.



Pihak berkuasa menyatakan taburan hujan dari 28 Februari hingga 3 Mac lalu di Johor adalah 548 milimeter (mm), melebihi purata hujan bulanan jangka panjang bagi Mac di negeri itu, iaitu 195 mm sebulan, menyebabkan kenaikan paras air yang mendadak.



Cik Meenakshi Raman, presiden kumpulan alam sekitar 'Friends of the Earth Malaysia', berkata jumlah hujan yang banyak adalah "luar biasa" pada tempoh masa ini, sambil menyalahkan banjir disebabkan kekurangan ruang hijau.



"Penghapusan hutan dan tanah di kawasan hulu luar bandar, pekan dan bandar menyebabkan sungai dan longkang dipenuhi dengan hakisan tanah dan ia tidak dapat menampung peningkatan jumlah hujan.



"Tambahan, kawasan konkrit berlebihan juga membawa kepada limpahan air, kerana terdapat sedikit kawasan hijau yang tinggal untuk bertindak sebagai span," keluhnya.



BANTUAN DIRAJA



Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, juga telah menggunakan tiga aset miliknya berupa bot berkuasa tinggi bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa.



Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, bot yang yang dikemudi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim, menuju ke beberapa lokasi termasuk PPS yang menempatkan puluhan keluarga.



Tunku Abu Bakar juga menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa selain meluangkan masa meninjau keadaan lokasi yang terjejas banjir sepanjang perjalanan.



PERCEPAT PROJEK



Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan semua agensi kerajaan supaya mengambil tindakan segera bagi menangani banjir termasuk mempercepat tender tebatan banjir khususnya di Johor.



"Jangan tunggu banjir baru ada arahan, yang saya lihat di Johor, yang istimewanya kerana sebelum banjir, jentera sudah siap siaga dan ini yang memudahkan tindakan.



"... Jadi boleh teruskan, jangan tunggu... Macam tebatan banjir dan sebagainya, kena runding ikut tender, tapi fast track, tak payah tunggu, kerana kalau nak tunggu untuk projek tambahan atau berikutnya mungkin, tapi untuk sekarang arahannya adalah laksanakan segera," katanya kepada media.



MAINAN POLITIK



Felo Kanan Akademi Nusantara NASR, Profesor Azmi Hassan, berkata bencana banjir di Johor kini dipergunakan ahli politik.



Ini sehingga terdapat desas-desus mengenai kerajaan lambat memberi bantuan. Katanya, ada dua sebab kenapa desas-desus itu, yang diuar-uarkan pembangkang, telah menimbulkan tanggapan kelambatan itu.



Pertama, pembangkang mendakwa memandangkan Datuk Anwar telah menghentikan peruntukan kepada wakil rakyat, khususnya kepada pembangkang, ini menjejas kemampuan mereka membantu mangsa banjir khususnya di Johor.



Kedua, mereka mendakwa disebabkan Datuk Anwar telah membatalkan projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion ($2.1 bilion) yang diluluskan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terdahulu, ini menjejas usaha menangani banjir.



Hakikatnya, kata Profesor Azmi, Datuk Anwar membatalkan projek tersebut kerana dikatakan tender dilakukan secara tertutup dan langsung sehingga berlaku ketirisan wang negara.



"Pendapat saya projek tebatan banjir ini adalah jangka panjang dan PM Anwar telah pun mengarahkan tender projek itu dipercepatkan terutama sekali di Johor.



"Tanggapan kerajaan tidak dapat tangani banjir adalah hanya untuk menekan dan merupakan perang saraf pembangkang ke atas Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar," ujarnya kepada Berita Harian.



Di Malaysia, katanya, banjir itu satu kelaziman dan operasi bantuan tidak terlalu bergantung kepada orang politik atau menteri.



"Orang politik hanya 'tumpang semangkuk' dalam menjayakan operasi tangani bencana, kerana dasarnya sudah ada agensi seperti Nadma khusus untuk tangani bencana, polis, bomba, tentera semuanya mempunyai strategi dan operasi masing-masing bermula di peringkat daerah, negeri sehingga nasional.



"Jadi operasi menangani bencana termasuk banjir akan tetap berjalan tidak kira siapa kerajaan negeri dan persekutuan," jelas Profesor Azmi.




"Tanggapan kerajaan tidak dapat tangani banjir adalah hanya untuk menekan dan merupakan perang saraf pembangkang ke atas Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar."



- Felo Kanan Akademi Nusantara NASR, Profesor Azmi Hassan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >