Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hujan sangat lebat dijangka landa Segamat, Kluang, Mersing, Rompin

Mar 05, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Rompin, Pahang; dan Segamat, Kluang dan Mersing di Johor hingga Ahad.



Katanya, hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pekan, Pahang; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.



Mengulas tentang amaran ini pada Sabtu, Menteri Besar Johor, Encik Onn Hafiz Ghazi, berkata hal ini berkemungkinan meningkatkan paras air laut di kawasan perairan Johor Timur dan berisiko berlakunya limpahan air laut.



"Saya mohon seluruh rakyat Johor supaya sentiasa peka dengan sebarang arahan pihak berkuasa, dan terus menjaga keselamatan diri dan keluarga," ujarnya, yang sebelum itu melahirkan rasa syukur atas keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluluskan peruntukan segera RM50 juta ($15.03 juta) bagi membantu mangsa-mangsa banjir serta keperluan lain yang mendesak di Johor.



Akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan semalam, hujan lebat telah mengakibatkan lebih 100 orang masih terperangkap di kediaman masing-masing di Kampung Parit Warijo, Seri Medan, di Batu Pahat, sejak banjir melanda kawasan itu dua hari lalu.



Ketua kampung, Encik Mohd Farhan Jamari, 34 tahun, berkata pihaknya amat memerlukan bantuan bot berenjin bagi menyelamat penduduk yang terkandas apabila banjir naik menghampiri bumbung kediaman.



"Sekarang hujan dari 11 malam tadi (Jumaat) sampai 10 pagi ini (Sabtu) dan kami menggunakan lima bot milik orang awam, termasuk tiga berenjin dan dua lagi menggunakan pendayung.



"Setakat ini, seramai 11 Ahli Jawatankuasa Kampung (AJK), selain pihak berkuasa serta orang awam terbabit dalam usaha ini dan berjaya menyelamatkan 87 orang.



"Paling kecil, bayi perempuan berusia tujuh bulan dan paling tua berusia 90 tahun. Kami berjaya menyelamatkan seorang pesakit angin ahmar lelaki berusia 65 tahun, warga emas perempuan yang sakit tua berusia 82 tahun dan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal berusia 30 tahun," katanya ketika dihubungi BHM.



Mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 37,258 penduduk, di sembilan daerah setakat petang Sabtu - turut membabitkan seramai 10,793 keluarga, yang dipindahkan ke 238 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di sembilan daerah.



Sejauh ini, empat orang terkorban akibat banjir di Johor, dengan mangsa terbaru seorang wanita warga emas ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam longkang di Batu Anam pada Jumaat.



Mangsa, Allahyarhamha A Fatimah, 69 tahun, yang sebelum ini dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), ditemui jirannya yang menyedari kehilangan warga emas itu.



Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata korban setakat tengah hari semalam - satu di Kluang dan tiga di Segamat.



Dalam pada itu, hujan berterusan yang mencapai tahap waspada turut dijangka berlaku di Maran, Kuantan dan Bera, Pahang, diikuti Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan dan Melaka juga hingga Ahad.



Selain itu, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku sepanjang hari ini di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), di Sarawak.



Mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat setakat petang Sabtu dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >