Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hun Sen umum Kabinet baru Kemboja, anak sebagai PM

Aug 11, 2023 | 04:26 PM



PHNOM PENH: Encik Hun Sen yang bakal melepaskan jawatan perdana menterinya, pada Khamis mengumumkan barisan Kabinet baru negara itu, yang diketuai oleh anak sulungnya serta jawatan kanan disandang anak bongsunya dan anak saudaranya.


Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Encik Hun Sen, memenangi semua kecuali lima daripada 125 kerusi di dewan rakyat dalam pilihan raya pada Julai yang dikecam secara meluas sebagai palsu selepas parti pembangkang utama dihalang daripada bertanding.

Beberapa hari selepas kemenangan besar itu, Encik Hun Sen – salah seorang pemimpin paling lama berkhidmat di dunia – mengumumkan beliau akan berundur dan menyerahkan kuasa kepada anak sulungnya, Encik Hun Manet, selepas hampir empat dekad memerintah negaranya secara kuku besi.

Raja Kemboja pada Isnin melantik jeneral empat bintang, Encik Hun Manet, 45 tahun, sebagai pemimpin baru negara itu dan sekali gus memeterai peralihan kuasa dinasti.

Encik Hun Sen sebelum ini dilapor menyatakan bahawa perdana menteri dan Kabinet baru akan mengangkat sumpah pada 22 Ogos.

Beliau turut menyiarkan gambar di saluran Telegramnya mengenai mesyuarat pada Khamis yang memutuskan barisan menteri yang akan berundur dan yang baru, termasuk satu yang menunjukkan Encik Hun Manet diapit oleh 30 anggota Kabinetnya.

Encik Hun Manet kemudiannya menyiarkan semula gambar kumpulan itu dengan memberitahu para pengikutnya bahawa faktor terpenting bagi penguasaan pilihan raya CPP yang berterusan ialah “solidariti dan perpaduan dalaman parti”.

Anak bongsu Encik Hun Sen, Encik Hun Many, akan menjadi Menteri Perkhidmatan Awam, manakala anak-anak Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan akan mengambil alih jawatan bapa-bapa mereka, menurut draf senarai anggota Kabinet baru yang dilihat oleh AFP.


Anak saudara perdana menteri yang bakal mengundurkan diri, Encik Neth Savoeun, yang kini Ketua Polis Negara, akan menjadi timbalan perdana menteri.

Kumpulan hak asasi manusia menuduhnya menggunakan sistem perundangan untuk menumpaskan sebarang penentangan terhadap pemerintahannya dengan memenjarakan sebilangan besar aktivis.

Selepas meletak jawatan, Encik Hun Sen akan menjadi presiden Dewan Negara pada awal 2024 dan pemangku ketua negara apabila Raja berada di luar negara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >