Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Kemboja gesa Ukraine tidak gunakan bom kelompok AS

Jul 09, 2023 | 10:00 PM



PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, yang negaranya masih bergelut dengan saki baki perang yang membawa maut, pada Ahad (9 Jul) menggesa Ukraine supaya tidak menggunakan bom kelompok atau peluru berangkai, selepas Washington mengumumkan rancangan untuk menghantar senjata itu ke Kyiv untuk memerangi tentera Russia.

Kumpulan kemanusiaan telah mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk membekalkan peluru berangkai atau bom kelompok yang dalam istilah bahasa Inggeris disebut sebagai ‘cluster bombs’ ataupun ‘cluster munitions’ itu, yang boleh tidak meletup dan berpotensi membahayakan orang awam untuk tahun-tahun akan datang.

“Ia akan menjadi bahaya terbesar bagi rakyat Ukraine selama bertahun-tahun atau sehingga seratus tahun jika bom kelompok digunakan di kawasan yang diduduki Russia di wilayah Ukraine,” tulis Encik Hun Sen di Twitter.

Beliau memetik “pengalaman menyakitkan” Kemboja mengenai peluru berangkai AS yang digugurkan pada awal 1970-an, warisan asing yang telah menyebabkan puluhan ribu orang cacat atau terbunuh.

“Sudah lebih setengah abad. Belum ada cara untuk memusnahkan mereka semua,” tambah Encik Hun Sen.

“Sebagai kasihan kepada rakyat Ukraine, saya merayu kepada presiden AS sebagai pembekal dan presiden Ukraine sebagai penerima agar tidak menggunakan bom berangkai dalam peperangan kerana mangsa sebenar adalah warga Ukraine,” katanya.

Washington berkata, ia telah menerima jaminan daripada Kyiv bahawa ia akan berusaha untuk meminimumkan risiko kepada orang awam, dengan Presiden AS Joe Biden mengakui bahawa membekalkan Ukraine dengan senjata itu adalah “keputusan yang sukar”.

Amerika Syarikat menggugurkan berjuta-juta bom di Kemboja dan Laos semasa Perang Vietnam pada 1960-an dan 1970-an dalam usaha untuk memukul pangkalan komunis.

Dan selepas 30 tahun perang saudara yang berakhir pada tahun 1998, Kemboja adalah antara negara yang paling banyak dilombong di dunia.

Kesan kempen pengeboman AS dan medan periuk api yang ditinggalkan akibat konflik telah lama dirasai, dengan kira-kira 20,000 rakyat Kemboja terbunuh sejak empat dekad lalu selepas terpijak periuk api atau senjata api yang tidak meletup.

Kerja pembersihan diteruskan sehingga hari ini, dengan kerajaan berikrar untuk membersihkan semua lombong dan senjata yang tidak meletup menjelang 2025.

Pada bulan Januari, sekumpulan pelombong Ukraine melawat ladang periuk api Kemboja untuk belajar daripada pengalaman pahit berdekad-dekad. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >