Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu bapa tak mampu beli susu, bayi Indonesia terpaksa minum kopi

Sep 18, 2019 | 08:20 PM



PASANGAN Ibubapa di Indonesia telah menggantikan susu bayi dengan minuman kopi kepada anak mereka yang kini berusia 2 tahun sejak dia berusia 6 bulan. 



Namun ,anak mereka, Khadijah Haura berkelihatan sihat seperti anak-anak kecil lain yang seumur dengannya dan sangat aktif bermain sehingga kedua ibubapanya tidak mempunyai masa untuk tidur.



Menurut agensi berita Indonesia, ibubapa Khadijah Haura, Encik Sarifuddin dan Cik Anita, penduduk kampung Tonro Lima di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, berbuat demikian kerana mereka sangat miskin dan ‘tidak mempunyai pilihan yang lain.’



Sebanyak 5 gelas - seimbang dengan satu setengah liter - kopi tubruk diberi kepada anak mereka setiap hari kerana mereka tidak mampu membiayai susu bayi. Mereka hanya diberi wang pendapatan serendah Rp 20,000 ($2) sehari, sebagai tukang mengupas isi kelapa.



“Kami tidak mempunyai pilihan yang lain. Wang pendapatan kami tidak cukup untuk membeli susu dan apabila anak kami tidak diberi kopi, dia akan menangis dan memohon untuk kopi sebelum dia tidur,” kata Anita kepada wartawan pada hari Sabtu (14 Sabtu).



Namun, menurut ketua pembangunan Agensi kesihatan komuniti Poleweli Mandar, cik Mandaria Saleh, beliau berkata bahawa anak kecil itu tidak mempunyai sebarang masalah dari segi pertumbuhan atau kecerdasannya.



Malah, beliau telah menasihati Encik Sarifuddin dan Cik Anita bahawa kandungan kafein dan gula dalam minuman kopi boleh menjejas kesihatan anak mereka pada jangka masa yang lama.



Justeru, agensi kesihatan itu telah memberi keluarga itu bekalan susu dan makanan seperti biskut supaya Khadijah boleh tumbuh dengan sihat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >