Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu empat anak singkap derita perang di Gaza

Dec 13, 2023 | 12:25 PM



AL ARISH (Mesir): Apabila serangan udara Israel melanda kawasan kejiranannya dan memusnahkan rumahnya, Cik Faten Abu Khoseh, berlari ke jalan raya untuk mencari anak bongsunya yang sedang berjalan ke pasar.


Cik Faten, seorang balu berusia 37 tahun, menemui anak perempuannya, Qamar Shureihy, 10 tahun, dalam pelukan seorang pemuda.

Hati beliau remuk apabila melihat Qamar cedera parah dan telah ditarik keluar daripada puing-puing runtuhan masjid di kem pelarian Nuseirat di tengah Jaluran Gaza.

Qamar dikejarkan dengan kereta ke hospital berdekatan kerana tiada ambulans.

Ibunya berkata dia menjalani pembedahan berjam-jam bagi memotong sebahagian kaki kirinya dan memasang logam pada kaki kanannya yang patah.

“Apa yang mereka beritahu saya ialah ‘doakan dia, dia dalam keadaan sukar’,” kata Cik Faten mengimbas kata-kata kakitangan hospital itu.

Menurutnya, serangan udara Israel menyebabkan orang ramai tertimbus di bawah runtuhan.

“Orang begitu ramai tetapi sudah mati, tak bernyawa. Keadaan itu amat menyedihkan dan sukar digambarkan,” katanya.

Disebabkan kecederaannya yang teruk, Qamar, yang cedera kira-kira sebulan lalu, dibenarkan meninggalkan Gaza untuk menerima rawatan perubatan di Al Arish, di Sinai Utara Mesir.

Cik Faten bercakap kepada pemberita ketika beliau dan Qamar menunggu pesawat sewa kerajaan Amiriah Arab Bersatu (UAE) ke Abu Dhabi untuk menjalani rawatan lanjut atas ihsan kerajaan UAE.

Ibu kepada empat anak itu berkata anak kembarnya berusia 16 tahun dan anak lelaki serta anak perempuan berusia 18 tahun masih berada di Gaza.

Beliau terputus hubungan dengan ibu bapanya selepas serangan udara Israel melanda kawasan kejiranan mereka dan berkata beliau bimbang tiga anaknya di Gaza juga akan terbunuh.

“Saya letih. saya tidak boleh makan, saya tidak kisah apa-apa. Yang saya penting ialah anak-anak saya,” ujarnya dengan sedu sedan.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata lebih 18,000 orang terbunuh akibat serangan berterusan Israel, dengan lebih 49,500 cedera.

“Kami hanya mahu hidup seperti orang lain... hidup bermaruah tanpa darah dan tanpa peperangan,’‘ tambahnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >