Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ICC keluarkan waran tangkap 2 pemimpin Taliban didakwa aniaya kaum hawa

Jul 9, 2025 | 2:35 PM
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 8 Julai mengeluarkan waran tangkap terhadap dua pemimpin Taliban di Afghanistan, termasuk pemimpin tertinggi mereka, Haibatullah Akhundzada, menuduh mereka menganiaya wanita dan gadis.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 8 Julai mengeluarkan waran tangkap terhadap dua pemimpin Taliban di Afghanistan, termasuk pemimpin tertinggi mereka, Haibatullah Akhundzada, menuduh mereka menganiaya wanita dan gadis. - Foto: AFP

THE HAGUE, Belanda: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 8 Julai mengeluarkan waran tangkap terhadap dua pemimpin Taliban di Afghanistan, termasuk pemimpin tertinggi mereka, Haibatullah Akhundzada, menuduh mereka menganiaya wanita dan gadis.

Mahkamah berkata terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Akhundzada dan Abdul Hakim Haqqani, ketua hakim Taliban, melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menganiaya gadis dan wanita berdasarkan jantina mereka, serta individu lain yang melakukan kegiatan yang tidak selaras dengan dasar Taliban mengenai jantina, identiti jantina dan kebebasan bersuara.

“Walaupun Taliban telah mengenakan peraturan dan sekatan tertentu ke atas seluruh penduduk, mereka secara khusus menyasarkan wanita dan gadis atas alasan jantina mereka, sekali gus menafikan hak asasi dan kebebasan mereka,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Pendakwa raya ICC, Encik Karim Khan, yang mengusulkan permohonan agar tindakan diambil terhadap kedua-dua pemimpin Taliban itu berkata: “Permohonan ini mengiktiraf bahawa wanita dan gadis Afghanistan sedang menghadapi penganiayaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, tidak wajar dan berterusan oleh Taliban.”

Taliban telah melucutkan hak wanita dan gadis untuk pendidikan, privasi dan kehidupan keluarga, serta kebebasan bergerak, bersuara, berfikir dan beragama, kata penilaian ICC.

“Selain itu, individu lain telah menjadi sasaran kerana ekspresi seksual dan/atau identiti jantina mereka telah dianggap tidak konsisten dengan dasar jantina Taliban,” tegas kenyataan itu.

Ini menandakan kali pertama ICC mengeluarkan permohonan waran tangkap berkaitan Afghanistan.

Encik Khan berkata pemfailan itu disokong oleh pelbagai bukti, termasuk keterangan pakar, laporan forensik dan banyak perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa de facto.

Mahkamah selanjutnya berkata jenayah yang didakwa itu dilakukan dari 15 Ogos 2021, ketika Taliban berkuasa, dan berterusan sehingga sekurang-kurangnya 20 Januari 2025.

ICC diwujudkan untuk membicarakan jenayah paling serius di dunia, seperti jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Namun, ia tidak mempunyai pasukan polis sendiri dan bergantung kepada negara anggota untuk menguatkuasakan waran tangkap yang mereka keluarkan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg