Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ICJ akan bersidang bincang serangan Israel di Rafah

May 15, 2024 | 01:24 PM



THE HAGUE (Belanda): Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengadakan persidangan pada 16 dan 17 Mei untuk membincangkan langkah kecemasan baru yang diminta oleh Afrika Selatan berhubung serangan Israel ke atas Rafah semasa perang di Gaza, kata mahkamah itu pada 14 Mei.


Langkah itu merupakan sebahagian daripada kes berterusan yang difailkan Afrika Selatan di ICJ pada Disember 2023 yang menuduh Israel melanggar Konvensyen Genosid semasa serangannya terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Israel sebelum ini berkata ia bertindak mengikut undang-undang antarabangsa dan menyifatkan kes pembunuhan beramai-ramai itu tidak berasas dan menuduh Pretoria bertindak sebagai penyokong kumpulan Hamas yang memerintah Gaza.

Afrika Selatan akan menyampaikan hujahnya pada 16 Mei selepas ia meminta ICJ, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, minggu lalu bagi memerintahkan Israel supaya menghentikan serangan Rafah dan membenarkan akses tanpa halangan ke Gaza untuk pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), organisasi yang menyediakan bantuan kemanusiaan di Gaza.

Mengikut jadual ICJ, Israel pula akan membentangkan kesnya pada 17 Mei.

Perang meletus apabila Hamas melakukan serangan mengejut di selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Serangan balas dan berterusan Israel sejak itu telah membunuh hampir 35,000 orang di Gaza – kebanyakan orang awam Palestin.

Persidangan di The Hague itu hanya akan menumpukan perhatian terhadap langkah kecemasan yang perlu diambil bagi mengelakkan pertikaian daripada terus meningkat, sebelum Mahkamah boleh memutuskan merit kes itu, yang biasanya mengambil masa bertahun-tahun.

Meskipun keputusan ICJ mengikat dan tanpa rayuan, mahkamah tidak mempunyai kaedah untuk menguatkuasakannya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >