Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ICJ akan putuskan tentang langkah sementara bagi tuduhan Israel laku genosid di Gaza

Ikuti keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tuntutan langkah sementara oleh Afrika Selatan berhubung dakwaan genosid terhadap Israel di laman beritaharian.sg
Jan 26, 2024 | 11:43 AM



THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan pada 26 Januari malam waktu Singapura keputusannya mengenai tuntutan Afrika Selatan agar diambil langkah sementara terhadap Israel, yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai, atau genosid, di Gaza.


Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu dijangka tidak akan menangani tuduhan teras kes itu – sama genosid berlaku – tetapi akan memberi tumpuan pada campur tangan segera yang dituntut oleh Afrika Selatan.

Mahkamah itu tidak terikat untuk memenuhi tuntutan Afrika Selatan dan boleh memerintahkan langkahnya sendiri jika mendapati ia mempunyai bidang kuasa pada peringkat ini. 

Panel 17 hakim itu hanya akan memutuskan sama ada akan mengenakan langkah sementara atau tidak dan sama ada terdapat risiko munasabah bahawa operasi Israel melanggar Konvensyen Genosid PBB 1948 selepas Perang Dunia II dan Holocaust.

Mahkamah dijangka mengeluarkan keputusannya pada 1 tengah hari waktu tempatan, iaitu 8 malam waktu Singapura, dalam pendengaran yang dijangka berlangsung kira-kira sejam di Peace Palace di The Hague, Belanda.

Keputusan itu termasuk tindakan segera untuk menghentikan operasi ketenteraan Israel, yang telah mengakibatkan kemusnahan sebahagian besar Gaza, yang dikepungnya dan membunuh lebih 25,000 rakyat Palestin.

Israel menolak dakwaan genosid itu malah menyifatkan ia “sangat diputar belitkan” dan mendakwa ia mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada Hamas.

Israel berkata ia menyasarkan Hamas di Gaza, bukan orang awam Palestin

Seorang jurucakap pemerintah Israel pada 25 Januari berkata mereka menjangkakan mahkamah itu “menolak tuduhan palsu ini”.

Israel, katanya, menghormati undang-undang antarabangsa.

Pada 29 Disember, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, menuduhnya melakukan genosid di Gaza. Ia berhujah serangan udara dan darat Israel bertujuan membawa “kemusnahan penduduk” Gaza.

Perbicaraan mengenai kes itu berlangsung dua hari mulai 11 Januari.

Afrika Selatan memfailkan sembilan injunksi kepada mahkamah. Antaranya ialah permintaan perintah mengarahkan Israel menangguhkan semua operasi ketenteraan di Gaza dan mengarahkan Israel memudahkan dan tidak menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Hamas pada 25 Januari berkata pihaknya akan mematuhi gencatan senjata jika mahkamah tertinggi PBB itu mengarahkan berbuat demikian.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, memberi bayangan tidak akan terikat dengan sembarang perintah ICJ.

“Tiada siapa dapat menghalang kami, sama ada The Hague, Axis of Evil dan pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan pada 14 Januari, merujuk kepada kumpulan ‘paksi penentangan’ yang sejajar dengan Iran di Lebanon, Syria, Iraq dan Yaman. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >