Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ireland timbang sertai Afrika Selatan adu keganasan Israel di ICJ

Jan 23, 2024 | 1:27 PM
IRELAND BERI SOKONGAN: Barisan hakim memasuki ruang mahkamah  ICJ apabila ia bersidang 11 Januari lalu untuk menghakimi Israel dalam dakwaan genosid pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
IRELAND BERI SOKONGAN: Barisan hakim memasuki ruang mahkamah ICJ apabila ia bersidang 11 Januari lalu untuk menghakimi Israel dalam dakwaan genosid pembunuhan beramai-ramai di Gaza. - Foto EPA-EFE

DUBLIN: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Ireland, Encik Michael Martin, berkata negaranya sedang menimbangkan untuk menyertai aduan Afrika Selatan terhadap Israel dalam kes pembunuhan beramai-ramai di Gaza sebaik saja ia melepasi peringkat awal.

Dalam temu bual dengan rangkaian radio RTA, beliau berkata: “Kami sedang mengkaji aduan Afrika Selatan dengan sangat serius dan memandangkan prosedur kehakiman mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan, kami mesti memberi tumpuan untuk mencapai gencatan senjata.

“Apa yang dicari oleh Afrika Selatan adalah apa yang kami cari: gencatan senjata segera dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza.”

Encik Martin menegaskan bahawa keadaan adalah tragik di Gaza dan tiada alasan sekarang untuk sebarang kelewatan dalam membawa bantuan penting ke Gaza, menekankan bahawa dan pengeboman Israel adalah mengejutkan, mengerikan dan tidak wajar.

Menurutnya, Ireland telah menyerahkan dokumen undang-undang mengenai pendudukan bahagian Tebing Barat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Negaranya juga telah memperuntukkan 3 juta euro ($4.38 juta) dalam pembiayaan tambahan kepada mahkamah tersebut untuk mengukuhkan siasatannya terhadap jenayah perang yang dilakukan oleh Israel.

Encik Martin berkata bahawa beliau berhasrat untuk “memberi tekanan lebih kuat kepada Israel untuk menghentikan operasi ketenteraannya”.

Pada 11 Januari lalu, ICJ buat pertama kali dalam sejarah, membuka sesi sulungnya mengenai dakwaan Afrika Selatan berkenaan pembunuhan beramai-ramai atau genosid oleh Israel, satu perkembangan yang telah mendapat sokongan antarabangsa, mengukuhkan gesaan global untuk gencatan senjata di Gaza, yang menerima tentangan daripada beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat dan Britain.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, sebelum itu berkata negaranya percaya tuduhan Afrika Selatan terhadap Israel tidak mempunyai merit. – Agensi berita.​

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg