Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India ‘bantah keras’ peta China dakwa tanah miliknya

Aug 30, 2023 | 01:39 PM



NEW DELHI: India mengeluarkan “bantahan keras” kepada China pada Selasa selepas peta Beijing mendakwa tanah yang dikatakan New Delhi adalah milik mereka.


Ia termasuk wilayah yang berdekatan dengan tempat negara berjiran itu bertempur pada 2020.

“Kami hari ini telah mengemukakan bantahan keras melalui saluran diplomatik dengan pihak China, mengenai apa yang dipanggil ‘peta piawai’ China 2023, yang menuntut wilayah India,” kata jurucakap kementerian luar, Encik Arindam Bagchi, dalam satu kenyataan.

“Kami menolak dakwaan ini kerana ia tidak berasas. Langkah sedemikian oleh pihak China hanya merumitkan penyelesaian persoalan sempadan,” kata Encik Bagchi.

India telah berhati-hati dengan ketegasan ketenteraan jirannya yang semakin meningkat dan sempadan mereka sepanjang 3,500 kilometer telah menjadi punca ketegangan yang berterusan.

New Delhi berkata dua kawasan pada peta yang dikeluarkan di akhbar Global Times milik pemerintah Beijing adalah milik India.


Salah satunya ialah negeri timur laut India, Arunachal Pradesh, yang China anggap sebagai sebahagian daripada Tibet, dan tempat dua gergasi Asia itu bertempur dalam perang sempadan berskala penuh pada 1962.

Yang kedua ialah Aksai Chin, koridor strategik altitud tinggi yang menghubungkan Tibet ke barat China.

Pertempuran pada 2020 yang membunuh 20 askar India dan sekurang-kurangnya empat tentera China berlaku di lembah sungai Galwan, yang bersempadan dengan Aksai Chin.

Puluhan ribu askar sejak itu telah berkumpul di sepanjang kedua-dua belah Garis Kawalan Sebenar (LAC) yang membahagikan kedua-dua pihak yang bersaingan itu.

Mereka kekal di situ, walaupun selepas 19 pusingan rundingan diadakan antara pegawai tinggi tentera kedua-dua negara.

Peta piawai China edisi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli negara itu meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India yang didakwa milik negara itu.

Peta itu dikeluarkan sempena sambutan Hari Publisiti Ukur dan Pemetaan dan Minggu Publisiti Kesedaran Pemetaan Kebangsaan China.

Peta edisi 2023 itu turut menggabungkan kawasan yang dipertikaikan termasuk tuntutannya ke atas Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.

Ini turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Presiden China, Encik Xi Jinping, dijangka menghadiri sidang kemuncak pada 9 hingga 10 September ini di New Delhi.

Bantahan India berlaku beberapa hari selepas Perdana Menterinya, Encik Narendra Modi, dan Encik Xi mengadakan pertemuan bersemuka yang jarang berlaku, di Afrika Selatan.

Beijing menyifatkan mesyuarat minggu lalu sebagai “pertukaran pandangan yang jujur dan mendalam”, tetapi India berkata Encik Modi telah menegaskan bahawa “memerhati dan menghormati” LAC adalah penting.

Pemerintah Encik Modi telah menyalurkan berbilion dolar ke dalam projek penyambungan di sebelah sempadannya, untuk meningkatkan kehadiran orang awam, dan menubuhkan batalion separa tentera baru.


Ia juga berusaha untuk membangunkan hubungan lebih erat dengan negara-negara Barat, termasuk rakan-rakan anggota Quad Amerika Syarikat, Jepun dan Australia, yang cuba memikat India sebagai alternatif kepada China. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >