Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India, China singkir hampir semua wartawan masing-masing di sebalik hubungan rapuh

Jun 10, 2023 | 09:00 PM



BENGALURU: Selepas satu siri penyingkiran wartawan, masing-masing di India dan China, sejak beberapa minggu lalu, hubungan antara dua negara dengan penduduk teramai di dunia kian tegang berbanding sebelum ini.

Bekas diplomat bimbang kededua pihak tidak akan mempunyai wartawan yang diiktiraf di setiap negara masing-masing, lantas menutup saluran penting bagi komunikasi yang saling berbaik di sebalik sempadan yang tegang dan persaingan geopolitik.

Ketegangan antara India dengan China kian memuncak berkaitan had wilayah sejak pertikaian ketenteraan pada Mei 2020 antara kedua-dua pasukan tentera di sepanjang sempadan yang menjadi pertikaian di Ladakh.

Pakar-pakar politik berkata, rasa saling tidak percaya semakin mendalam sejak itu, dengan India mengeluarkan larangan yang kerap ke atas produk dan pelaburan China, dan kededua negara kian kurang meluluskan visa perjalanan dan perniagaan.

Dengan India dan China saling menghantar pulang wartawan sejak 2020, perkara ini terus memuncak sejak beberapa minggu lalu, dengan setiap pihak telah menyingkirkan hampir semua wartawan masing-masing.

Bilangan wartawan China di India telah berkurangan daripada lebih sedozen pada awal 2020 kepada hanya seorang pada masa ini.

Sementara itu hanya ada seorang wartawan India di China pada masa ini.

Sejak beberapa minggu lalu, New Delhi tidak memperbaharui visa bagi beberapa wartawan China.

Pada 15 Mac lalu, ia telah meminta seorang wartawan dari agensi Xinhua News milik China untuk meninggalkan India menjelang akhir bulan itu.

Menurut akhbar Wall Street Journal, seorang pemberita bagi sebuah lagi media negara, China Central Television, juga diminta meninggalkan negara itu sekitar masa yang sama.

Visa yang telah tamat bagi satu-satunya wartawan Chin dari Xinhua di India masih belum diperbaharui.

Sekiranya pemberita itu meninggalkan Delhi, ini merupakan kali pertama sejak 1980an tiada wartawan media negara China di India. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >