Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India nafi jutaan warganya maut akibat Covid-19

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



NEW DELHI: Pemerintah India kelmarin menolak kajian baru-baru ini yang menyatakan jutaan orang telah meninggal dunia di negara itu akibat Covid-19, beberapa kali ganda jumlah korban rasmi sebanyak hampir 420,000.



Ia bagaimanapun berkata dalam satu kenyataan bahawa beberapa negeri India kini "menyelaraskan" data mereka setelah menangani lonjakan kes pada April dan Mei lalu.



Selasa lalu, satu kajian oleh kumpulan penyelidik Amerika Syarikat, Pusat Pembangunan Global, menunjukkan 3.4 juta hingga 4.7 juta orang telah meninggal dunia di India, antara lapan dengan 11 kali ganda bilangan rasmi.



Ini menjadikan India negara dengan bilangan kematian tertinggi di dunia.



Buat masa ini, jumlah rasminya sebanyak 419,000 berada di belakang Amerika yang mencatat 610,000 kematian dan Brazil dengan 545,000 korban.



Kajian itu adalah yang terbaru menimbulkan keraguan terhadap angka rasmi India, menunjukkan penyimpanan rekod yang lemah dan kadar kematian setiap juta sekitar separuh purata global.



Penyelidik secara khusus meneliti "kematian berlebihan", iaitu bilangan kematian tambahan dibandingkan dengan waktu biasa, dan pada kadar kematian di negara lain.



Tetapi pemerintah India kelmarin berkata menganggap "kemungkinan orang yang dijangkiti meninggal dunia adalah sama di semua negara adalah satu anggapan lancang".



Kajian itu, katanya, mengabaikan "faktor-faktor seperti kaum, etnik, susunan genomik sebuah masyarakat, tahap pendedahan sebelumnya kepada penyakit lain dan kekebalan berkaitan yang terbentuk dalam masyarakat itu".



Dengan mengandaikan semua kematian berlebihan disebabkan oleh Covid-19 adalah "tidak berdasarkan fakta dan benar-benar salah", kata pemerintah India.



Ia menambah bahawa India mempunyai "strategi penjejakan kontak yang menyeluruh", makmal ujian yang "tersedia luas" dan sedang beberapa kes mungkin tidak dapat dikesan, "tidak mungkin kematian tidak dapat dikesan".



Kenyataan itu bagaimanapun turut menyalahkan pihak berkuasa setempat, dengan mengatakan kementerian kesihatan "hanya mengumpul dan menerbitkan data yang dihantar oleh pemerintah negeri" dan bahawa ia telah "berulang kali menasihatkan" negeri-negeri agar mencatat kematian dengan betul.



Negeri-negeri yang mengalami lonjakan jangkitan Covid-19 pada April dan Mei lalu kini telah "dinasihatkan agar melakukan audit menyeluruh yang mungkin terlepas", dan beberapa negeri dalam beberapa minggu kebelakangan telah mengemas kini jumlah mereka, katanya.



Maharashtra, negeri yang paling teruk terjejas di India, telah menaikkan jumlah kematiannya sebanyak sekitar 15,000 manakala Bihar menambah sekitar 4,000 dan Madhya Pradesh 1,500. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >