Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

India rancang wajibkan laporan ujian Covid-19 bagi pelancong

Dec 24, 2022 | 04:55 PM





NEW DELHI: India merancang untuk mewajibkan penumpang yang tiba dari negara dengan jumlah kes  tinggi agar mengemukakan laporan ujian Covid-19 mereka, kata Menteri Kesihatan negara itu ketika temu bual dengan penyiar NewsX.


“Dalam tempoh seminggu akan datang, negara terpilih akan dikenal pasti di mana jumlah kes lebih tinggi.

“Rakyat asing yang datang ke India perlu memuat naik laporan RT-PCR (Covid-19) mereka dan kemudian datang,” kata Menteri Kesihatan India, Encik Mansukh Mandaviya,

pada Jumaat (23 Dis).


Penumpang perlu memuat naik laporan mereka di laman web pemerintah  dan menjalani pemeriksaan suhu badan ketika mendarat, kata Encik Mandaviya.


India melaporkan jumlah kes Covid-19 kedua tertinggi di dunia setakat ini dan akan mula menguji secara rawak 2 peratus penumpang antarabangsa yang tiba di lapangan terbangnya bagi Covid-19, kata Encik Mandaviya kepada Parlimen pada Jumaat.


Awal minggu ini, pemerintah India meminta negeri-negeri di negara itu untuk melihat sebarang varian baru virus berkenaan dan menggesa orang ramai memakai pelitup muka di kawasan sesak, memetik peningkatan kes Covid-19 di China dan bahagian lain di dunia.


Di Beijing, pakar kesihatan pada Khamis lalu mendakwa wabak Covid-19 merebak dengan pantas di republik itu sehingga jangkitan mungkin sudah memuncak di ibu kota  Beijing dan situasi sama boleh terjadi di Shanghai dalam tempoh hanya seminggu. – Agensi berita

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >