Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia pertingkat amaran gunung berapi Semeru ke tahap tertinggi; ribuan dipindah

Dec 04, 2022 | 08:52 PM



SEBUAH gunung berapi meledak di Indonesia hari ini, memuntahkan kepulan asap debu setinggi 15 kilometer ke udara.



Akibatnya hampir 2,000 orang terpaksa dipindahkan, kata pihak berkuasa, sedang mereka keluarkan amaran tertinggi bagi kawasan di timur kepulauan Jawa itu.



Pusat Mitigasi Bencana Volkanologi dan Geologi (PVMBG) telah meningkatkan status Gunung Semeru daripada ... tahap ketiga ke tahap keempat.



Ini bermakna bahayanya telah mengancam penduduk dan aktiviti gunung berapi itu telah meningkat," kata jurucakapnya, Encik Hendra Gunawan, kepada penyiar Kompas TV.



Tidak terdapat sebarang laporan terkini sekiranya ada mangsa kecederaan akibat ledakan itu dan kementerian pengangkutan Indonesia berkata tiada impak ke atas perjalanan udara, namun notis telah diagih kepada dua lapangan terbang serantau agar berwaspada.



"Kebanyakan jalan raya telah ditutup sejak pagi dan kini hujan debu gunung berapi dan ia telah menyelubungi pemandangan gunung berapi itu," kata sukarelawan masyarakat , Cik Bayu Deny Alfianto, kepada agensi Reuters menerusi panggilan telefon dekat kawasan itu.



Dengan tahap berjaga-jaga dipertingkat, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk agar tidak jalankan sebarang kegiatan dalam kawasan sekitar lapan kilometer daripada pusat ledakan Semeru, sambil menambah bahawa asap debu panas telah mencecah sejauh 19 kilometer dari pusat ledakan.



Agensi mitigasi bencana Indonesia, BNPB berkata 1,979 orang telah dipindahkan ke 11 tempat perlindungan dan pihak berkuasa mengagihkan pelitup kepada penduduk.



Gunung berapi itu mula meledak pada 2.46 pagi, kata BNPB. Video-video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan asap debu kelabu di kawasan berdekatan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >