Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia akan dapatkan warga asing bina Nusantara

Pelancaran ibu kota baru diadakan semasa sambutan kemerdekaan Indonesia pada 2024
Jun 11, 2023 | 03:00 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia giat menggajikan pekerja asing dalam usaha mempercepat pembinaan ibu kota baru, Nusantara, di Kalimantan Timur, kata Menteri Ketua Pelaburan, Encik Luhut Blansar Pandjaitan.


Sebelum ini Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo telah mengumumkan bahawa sasaran pelancaran ibu kota baru itu adalah semasa sambutan kemerdekaan negara itu pada 2024, yang juga menandakan penggal terakhirnya di pejabat.

Encik Luhut berkata pemerintah enggan berkompromi dengan kualiti prasarana utama semasa pembinaan di Nusantara itu berlangsung menyusuli kerja binaan yang dipercepat itu.

“Selaras dengan itu, saya telah laporkan kepada presiden bahawa kami perlu dapatkan bule (warga asing etnik barat) selaku penyelia,” kata Encik Luhut, yang dilaporkan laman berita Jakarta Globe pada Jumaat.


“Kami tidak mampu menerima sekiranya istana presiden yang baru dibina dengan keadaan tidak sempurna meskipun selepas ia selesai dibina,” katanya semasa perbincangan dengan penggubal dasar di bangunan perundangan di Jakarta.

Menurut Encik Luhut, pemerintah juga sedang giat uruskan tentang status tanah dalam kawasan Nusantara yang bertujuan digunakan untuk perniagaan, dengan menyatakan bahawa isu tersebut akan dapat diselesaikan menjelang 27 Julai mendatang.

Nilai tanah berubah setiap enam bulan sejajar dengan kemajuan dalam pembangunan prasarana di situ, katanya.

Pemerintah telah berjanji untuk meluluskan geran hak tanah sepanjang enam dekad bagi tujuan perindustrian dan kediaman di Nusantara.

Menteri Kerja dan Perumahan Awam, Encik Basuki Hadimuljono, sebelum ini mendakwa bahawa pembinaan prasarana asas seperti jalan raya, bekalan air, kabel elektrik dan bangunan utama pemerintah akan selesai sebelum 7 Ogos 2024, apabila Indonesia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-79 tahun.

Bercakap semasa satu interviu eksklusif dengan siaran berita BTV baru-baru ini, Encik Basuki berkata kerja binaan kini tertumpu kepada jalan raya bertol yang menghubungkan Bandar Ibu Kota Nusantara dengan bandar terbesar di Kalimantan Timur iaitu Balikpapan.

Secara keseluruhannya, pasukan Encik Basuki sedang menguruskan sebanyak 76 projek binaan, termasuk empat bangunan bagi kementerian penyelarasan dengan masing-masing akan digunakan secara sementara oleh kementerian berkaitan sehinggalah pejabat lain dibina.

Mereka dilaporkan akan berkongsi pejabat kementerian di bawah kementerian yang bertanggungjawab,” kata Encik Basuki.

Tambahan lagi Kementerian Kerja Awam juga telah ditugaskan untuk membina 36 rumah bagi anggota Kabinet pertama berpangkalan di ibu kota baru itu sejurus peralihan bermula dan lagi 47 apartmen tinggi bagi kakitangan awam serta anggota polis bermula Julai ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >