Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia arah tentera bantu petani tanam padi

Dec 15, 2023 | 12:12 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo telah mengarahkan tentera negara itu agar membantu golongan petani menanam padi, ekoran kemarau teruk yang didorong oleh fenomena cuaca El Nino yang mengancam hasil tuaian.


Encik Jokowi memberitahu pegawai tentera, supaya mengambil kesempatan daripada hujan baru-baru ini di beberapa wilayah, dan membantu usaha penanaman.

Kemarau berpanjangan telah mengurangkan pengeluaran tanaman makanan utama di negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara itu.

Harga import juga telah meningkat dan sekali gus mengancam jaminan bekalan makanan itu.

Cuaca kering berbulan-bulan menyebabkan penanaman padi – biasanya dijalankan pada Oktober – terlambat di Indonesia.

Keluaran negara 2023 turun kepada 30.9 juta tan metrik, daripada 31.53 juta tan metrik pada 2022.

Pada 13 Disember, semasa lawatan ke Kabupaten Pekalongan di Jawa tengah, Encik Jokowi menyiarkan video di saluran YouTube. Beliau menggesa pihak tentera supaya tampil membantu petani dalam penanaman.

Anak benih padi separuh akuatik, memerlukan pengairan konsisten semasa musim bertanam.

“Memandangkan hujan turun di beberapa wilayah, kami mahu menggalakkan petani mula menanam padi,” kata Encik Jokowi.

Sambil berdiri di sebelah sawah yang baru ditanam, beliau menambah:

“Ia telah ditangguhkan kerana El Nino, tetapi kami mahu segera menanam, menanam, menanam.”

El Nino biasanya menyebabkan cuaca lebih panas dan kering di Asia Tenggara, mengurangkan pengeluaran makanan di negara pengeluar dan pengguna utama.

Jurucakap tentera, Encik Julius Widjojono, berkata banyak sawah padi kekurangan tenaga kerja kerana golongan muda berpindah ke bandar untuk bekerja di kilang untuk mendapatkan gaji lebih baik.

Oleh itu, walaupun sesetengah petani mempunyai tanah, mereka kekurangan tenaga kerja.

Encik Jokowi berkata pegawainya boleh menilai tenaga kerja yang diperlukan untuk penanaman, manakala tentera boleh dikerahkan dari unit tentera berdekatan.

Didorong oleh El Nino dan larangan eksport beras putih bukan basmati baru-baru ini oleh India, pembekal utama dunia, harga beras sejagat telah meningkat 45 peratus, mencecah paras tertinggi selama 15 tahun.

Menteri Pertanian Indonesia, Encik Amran Sulaiman, berkata penglibatan angkatan tentera pada masa lalu telah membantu Indonesia mencapai tahap sara diri makanan.

Menurutnya, kerjasama mereka itu dapat membantu negara mengurangkan import beras.

Awal Disember, kementerian pertanian dan tentera Indonesia menandatangani perjanjian.

Ia merangkumi anggota tentera membantu dalam pertanian dan menggunakan tanah milik tentera yang terbiar, untuk penanaman padi, dengan anak benih serta jentera yang dibekalkan oleh kementerian.

Syarikat pembekal negara, Bulog, ditugaskan pada 2023 untuk mengimport 3.5 juta tan beras – menjadikan Indonesia antara pengimport utama beras. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >