Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Indonesia bakal lancar program ‘visa emas’ untuk tarik bakat global

Jun 02, 2023 | 01:32 PM

JAKARTA: Pemerintah Indonesia merancang memperkenalkan program untuk mengalu-alukan bakat global menerusi skim “visa emas” yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Ia bertujuan menjadikan Indonesia tempat bekerja lebih menarik menerusi permit yang membolehkan mereka berada di sana bagi tempoh lebih lama.

Menyusuli mesyuarat Kabinet bersama Presiden Joko Widodo pada Isnin, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Encik Sandiaga Uno, memberitahu wartawan bahawa visa emas itu boleh menjadi pengubah keadaan dalam usaha Indonesia untuk menarik lebih banyak pelaburan dan pekerja asing, yang lantas diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Visa emas ini adalah dasar baru yang kami tidak lama lagi akan lancarkan supaya menarik bakat bermutu dalam bidang pendigitalan, kesihatan, penyelidikan dan teknologi,” kata Encik Sandiaga.

“(Dasar itu) akan menjadi pengubah keadaan yang akan menarik lebih ramai warga asing, termasuk usahawan dan nomad digital, untuk melabur di Indonesia.”

Beliau berkata di bawah program visa emas itu, warga asing boleh diberikan permit untuk berada di sana sehingga 10 tahun, walaupun butiran teknikalnya belum jelas kerana ia masih dibincangkan bersama Jeneral Direktorat Imigresen Kementerian Hak Asasi Manusia dan Undang-Undang.

“Kami berharap ini akan menjadikan Indonesia pusat pertumbuhan ekonomi menuju ke hadapan, dan juga untuk (pembangunan) kemampanan, memandangkan kami merupakan negara kepulauan terbesar dengan keupayaan untuk menyerap pengeluaran karbon amat besar,” tambahnya.

Program itu akan menjadi dasar visa kedua yang dilancarkan pemerintah dalam bulan-bulan kebelakangan ini, setelah ia sebelumnya memperkenalkan program visa “rumah kedua” pada Oktober, yang disasarkan secara utamanya kepada warga emas asing kaya yang ingin bersara di Bali atau destinasi pelancongan popular lain di negara tersebut.

Program rumah kedua itu, yang berkuat kuasa pada awal 2023, membolehkan warga asing untuk memohon bagi permit menetap sehingga 10 tahun, sekiranya mereka mempunyai visa sedia ada dan memberikan bukti dana sama ada dua bilion rupiah ($181,043) dalam akaun bank Indonesia peribadi atau bukti pemilikan hartanah mewah dalam negara itu.

Tetapi bukti dana yang besar itu jugalah yang telah mencetuskan keprihatinan dalam kalangan masyarakat pesara ekspatriat yang sudah tinggal di Indonesia, di mana ramai daripada mereka tidak mempunyai dana yang diperlukan tetapi perlu beralih ke visa rumah kedua.

Pada mulanya, visa rumah kedua itu bertujuan menggantikan visa persaraan sedia ada.

Namun pemerintah telah mengeluarkan satu lagi surat yang menarik balik aturan itu dan sebaliknya membolehkan pemegang visa persaraan semasa untuk mengekalkan status visa mereka sementara menunggu keputusan selanjutnya. – Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3